Lain-lain Artikel

Tuesday 18 October 2016

Cara Mudah Kira Kapasiti Penghawa Dingin Dalam Unit HP.

CARA MUDAH KIRA KAPASITI PENGHAWA DINGIN DALAM UNIT H.P

Banyak cara boleh digunakan untuk mengira kapasiti penghawa dingin dan keputusan yang diperolehi adalah hampir sama. Bagi jenis split unit, kebanyakan memandang kapasiti dalam unit kuasa kuda (horse power / HP) iaitu 1.0HP, 1.5HP, 2.0HP, 2.5HP dan juga 3.0HP.

Berikut adalah langkah paling mudah dalam menentukan kapasiti penghawa dingin sesebuah bilik :


Kapasiti Penghawa Dingin [HP] = ( Keluasan Bilik dalam unit kaki persegi x 80 ) ÷ 9,800

di mana keluasan bilik adalah "panjang x lebar dalam unit kaki".

Sebagai contoh 
Ada sebuah bilik dengan ukuran 10' x 8' diperlukan untuk memasang sebuah penghawa dingin jenis unit split. Berapakah anggaran kapasiti penghawa dingin itu dalam unit HP untuk keperluan bilik tersebut ?  
Kapasiti Penghawa Dingin = (10' x 8' x 80) ÷ 9,800 = 0.65 HP. 
Maka kapasiti yang sesuai untuk bilik tersebut adalah 1.0HP

Jika ingin menukar unit HP kepada unit BTU/HR bagi kapasiti penghawa dingin tersebut, anda hanya perlu mendarabkan kembali nilai dalam unit HP dengan nilai 9,800 ini. Dengan ini, kapasiti dalam unit BTU adalah sebanyak 0.65 x 9,800 = 6,370 btu per hour. Maka nilai kapasiti yang paling sesuai adalah 10,000 btu per hour.

BTU per hour adalah ukuran standard berapa banyak unit Termal British penghawa dingin membuang haba dari bilik dalam satu jam. BTU adalah unit haba perlu untuk meningkatkan 1 pound air 1 darjah Fahrenheit.

13 comments:

  1. Replies
    1. 1 hp = 9000 btu
      9800 btu termasuk safety factor

      Delete
  2. Replies
    1. Kan??biasa dalm fomula panjang×lebar×tinggi×60÷9000btu

      Delete
  3. Klu bilik size 12x16=(12x16x80)/9800=1.567hp kan Tuan.. So yg sesuainya 1.5 atau 2.0 hp?

    ReplyDelete
  4. Assalam tuan..maaf ganggu.agk meragukan..
    Nak tanya..pengunaan hp yg camne ye sesuai..
    Contoh kiraan keluasan bilik sy.
    12x12x60/9000 = 0.96

    Hp yg ane sesuai.1hp @ 1.5hp

    ReplyDelete
  5. ada yang biasa darab 60 dan 70 bergantung keadaan tempat...80 tu apa dia

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan, (9.3x20x80)/9800=1.518, berapa yg sesuai 1.5hp ke 2.0hp?

    ReplyDelete