STRATEGI PENTING PENGUMPULAN DATA
Dalam langkah memulakan sesuatu projek, ramai individu terlepas pandang akan kelebihan menggunakan 5W1H. Apakah yang dimaksudkan dengan 5W1H ini ? Ianya merupakan kaedah bertanya soalan mengenai proses atau masalah diambil untuk penambahbaikan atau menyelesaikan sesuatu masalah serta mengelakkan kehilangan pengumpulan data.
WHO ⇒ Individu / Orang
1. Siapa yang bertanggungjawab dalam proses tersebut?
2. Siapa yang terlibat dalam proses tersebut?
3. Siapa yang ada kepentingan dalam proses tersebut?
WHAT ⇒ Konsep Projek
1. Apa yang hendak dilakukan?
2. Apa yang perlu dilakukan?
3. Apa yang perlu dikawal?
WHERE ⇒ Strategi Kedudukan
1. Di mana patut dilakukan?
2. Di mana patut diusahakan?
3. Di mana patut dijalankan?
4. Tempat strategik?
WHEN ⇒ Masa dan Keadaan
1. Bila hendak dilaksanakan?
2. Bila masa yang sesuai?
3. Bila keadaan mengizinkan?
WHY ⇒ Matlamat / Objektif
1. Apa tujuan sebenar proses yang hendak dijalankan?
2. Apakah kepentingannya?
3. Kenapa perlu dilakukan?
HOW ⇒ Cara Perlaksanaan
1. Macam mana keadaan sekarang?
2. Macam mana patut dilakukan?
3. Macam mana cara perlu dibuat?
4. Ada cara lain yang lebih sesuai?
Langkah-langkah ini perlu sentiasa ada dalam diri masing-masing apabila pengumpulan data dilakukan dalam setiap projek yang dijalankan. Dengan adanya panduan ini, nescaya sesuatu proses tersebut mudah digubal dan dibuat draf sebelum memulakan kertas kerja.
Cara perlaksanaan ini juga boleh dilakukan dengan membuat jadual atas sekeping kertas dan dibahagikan mengikut kategori 5W1H yang dinyatakan tadi. Maka, lakukanlah perbincangan bagi membolehkan data dikumpulkan bersama-sama. Perbincangan dalam kumpulan kecil antara 2 orang hingga 5 orang amatlah sesuai bagi peringkat permulaan.
Contoh Jadual 5W1H Semasa Perbincangan Dilakukan |
Apabila data-data asas telah dikumpul menggunakan cara ini, kertas kerja untuk diserahkan kepada pihak pengurusan atasan dapat dilakukan dengan sempurna dengan menggunakan sistem yang bersistem ini.
Selamat beramal.
Anda mungkin meminati artikel ini :
SENNG NYE
ReplyDeletesikitnya
ReplyDelete