Tips-tips untuk mengacara majlis sebagai MC (masters of ceremony) atau pengacara majlis.
- Cari informasi acara dan tentukan samada majlis diadakan secara formal atau tidak formal.
- Jaga penampilan diri sebagai MC kerana penampilan diri dapat mengelakkan pandangan negatif daripada penonton dalam acara tersebut.
- Jika anda berganding bahu dengan orang lain semasa mengendalikan acara, pastikan anda kenal pasangan anda dan berkerjasama.
- Senaman muka - dilakukan bagi mengelakkan kepayahan dalam menyebut perkataan / mengelakkan salah dalam sebutan.
- Latihan hendaklah dilakukan dan seelok-eloknya dilakukan dalam sebutan baku bagi acara formal. Sekiranya tidak formal, bolehlah diselit-selikan dengan sebutan bukan baku.
- Point-point ucapan hendaklah dicatit di atas nota atau skrip ucapan bagi elakkan kesilapan. Pastikan anda tahu siapa yang hadir terutamanya VVIP dalam majlis tersebut.
- Have fun di dalam majlis tersebut untuk elakkan tekanan semasa mengacarakan majlis.
Berikut adalah contoh ucapan Pengerusi Majlis bagi acara majlis makan malam untuk dikongsi dan dijadikan panduan bersama-sama.
Majlis GATHERING DAY of Yusri
Maju 2016
Raja Dagang Resort Cherang Ruku Tok Bali 12
November 2016
PERKARA
|
TEKS UCAPAN
|
CATATAN
|
Awal Majlis
|
Untuk makluman
tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar
lagi.
Dijemput semua
hadirin sekalian mengambil tempat
duduk masing-masing untuk menunggu ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-dif
terhormat.
Mengumunkan
ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bersama
keluarga dan dif-dif terhormat, para hadirin dijemput berdiri untuk
mengalu-alukan kedatangan beliau, top management company dan dif-dif
jemputan.
|
|
UCAPAN PEMBUKAAN
|
Selamat malam dan
salam sejahtera. Izinkan saya berpantun bagi memulakan majlis makan malam
pada malam ini.
Bunga melati tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
|
|
Hadirin dan
hadirat yang dihormati,
Setinggi-tinggi
kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah Kasih Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis
GATHERING DAY of Yusri Maju 2016 di Raja Dagang Resort, Cherang Ruku Tok Bali
pada malam ini.
Saya bagi pihak
majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan serta dif dif
terhormat.
Terima kasih
kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En. Muhammad Yusri, ahli
keluarga beliau dan dif-dif jemputan kerana sudi meluangkan masa pada malam
ini di dalam majlis yang tidak seberapa ini.
|
||
Untuk pengetahuan
hadirin sekalian, Majlis Gathering Day of Yusri Maju Group ini merupakan
salah satu program yang dirancang dan dijalankan oleh pihak pengurusan
syarikat dan kakitangan untuk menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan
silalturahim antara top management dan kakitangan syarikat.
Garam ada, kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada, ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.
Dengan segala
hormatnya, majlis menjemput bakal juara Imam Muda Musim Ke-10, Encik
Hisamuddin memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Imam Muda Hisamuddin di atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.
|
||
UCAPAN ALU-ALUAN
OLEH CEO YMSB
|
Hadirin yang
dihormati,
Kalau
dilipat sebesar kuku
Kalau
dibentang seluas alam
Yang jauh
diimbau
Yang
dekat digamit
Seuntai
salam sejambak kata
Degup
bicara, merisik rasa.
Untuk tidak
melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Ketua
Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bin Muhammad Nor naik
ke pentas untuk memberi sepatah dua kata sebagai kata-kata semangat kepada
semua kakitangan syarikat sebelum perasmian majlis makan malam pada malam
ini.
Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.
|
|
ACARA PERASMIAN MAJLIS
|
Seterusnya, Majlis
menjemput En Saupi, merangkap sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
syarikat untuk mengiringi En Muhammad
Yusri naik ke atas pentas untuk menyempurnakan acara perasmian majlis makan
malam.
Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Yusri di atas kesudian merasmikan
majlis makan malam.
|
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH
|
Majlis diteruskan
dengan acara pengumuman anugerah-anugerah khas bagi
tahun 2016, bertujuan untuk memberi semangat dan penghargaan kepada
kakitangan yang memberi sumbangan kepada syarikat. Terdapat 8 anugerah yang
disediakan pada kali ini dan anugerah-anugerah tersebut ialah:
1.
Anugerah Perkhidmatan Paling Lama
2.
Anugerah Khas CEO 2016
3.
Anugerah Perhargaan Bussines Assioate dan Director
4.
Anugerah Pekerja Cemerlang 2016
5.
Anugerah Operator Terbaik
6.
Anugerah Operator Muda Berbakat
7.
Anugerah Pekerja Serba Boleh
8.
Tokoh Yusri Maju 2016
Tanpa dilengahkan
masa lagi, acara diteruskan dengan acara pengumuman bagi kategori anugerah –
anugerah yang dinyatakan sebentar tadi.
Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah orang siapa yang tahu…
Dipersilakan Ketua
Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En. Muhammad Yusri diiringi En. Mohd Saupi naik ke atas pentas
untuk menyampaikan hadiah bagi anugerah-anugerah tersebut. Dipersilakan.....
Nama acara:_____________________________
Nama
pemenang:_________________________
Terima kasih
kepada En. Muhammad Yusri dan En. Saupi diatas kesudian menyampaikan hadiah.
Pada minggu yang
lalu, kita ada mengadakan acara sukan di Kompleks Belia dan Sukan Panji Kota
Bharu. Pada hari tersebut, terdapat beberapa kategori suka dipertandingkan
telah diadakan.
Majlis diteruskan
dengan acara penyampaian hadiah Hari Sukan kepada para pemenang. Dipersilakan
En. Sukri bin Muhammad diiringi En. Wan Khairul naik ke atas pentas untuk menyampaikan
hadiah Hari Sukan.
Nama acara:_____________________________
Nama
pemenang:_________________________
Terima kasih
kepada En. Sukri dan En. Wan Khairul diatas kesudian menyampaikan hadiah.
|
|
BERSURAI
|
Dengan
berakhirnya acara penyampaian anugerah dan hadiah hari sukan itu tadi, maka berakhirlah
tugas saya sebagai MC pada kali ini, tahun depan pastikan orang lain pula bertugas
nanti.
Jutaan terima
kasih kepada semua pihak dalam menjayakan majlis penyampaian anugerah dan
hadiah itu tadi. Sebelum kita menjamu selera, dengarkanlah
dua rangkap pantun daripada saya,
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan belum kami nak ucapkan.
Silalah menjamu selera hidangan sedang menunggu.
Dijemput para
hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan di luar dewan. Di
samping itu, majlis diteruskan dengan aktiviti persembahan dan pertandingan
karaoke serta cabutan bertuah. Saya serahkan acara majlis seterusnya kepada
En Arman dan Cik Wahida. Dipersilakan.....
|
hello assalamualaikum,saya minta izin untuk guna ni sbagai contoh ye.terima kasih!
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan...Nama saya Liyana...
ReplyDeleteSaya mohon kebenaran utk menggunakan contoh ini ye... Terima kasih...
assalamualaikum, saya mohon izin guna teks ini untuk majlis sekolah saya ye
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mohon izin guna teks ini ye. Terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum, mohon menggunakan contoh isi ucapan ini, terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum, minta izin menggunakan teks ini ya?
ReplyDeleteHello! Mohon izin untuk gunakan serpihan serpihan kata kata ni untuk majlis Ifar
ReplyDeleteHello! Mohon izin untuk gunakan sedikit kata kata ni untuk majlis perasmian bengkel saya ya. terima kasih tuan
ReplyDeletehai, minta izin menggunakan contoh sebahagian kata kata dalam teks ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya minta izin menggunakan contoh teks ucapan ini. Jazakallah
ReplyDeleteSelamat pagi,minta izin menggunakan sedikit sedikit contoh teks ucapan ini.terima kasih tuan
ReplyDeleteassalamualaikum, saya mohon izin menggunakan contoh teks di atas ya tuan/puan. terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya mohon izin menggunakan contoh teks ucapan ini. Jazakallah. Terima kasih.
ReplyDeleteassalammualaikum izin pinjam contoh first tmme nak jadi mc ni hehee
ReplyDeleteAssalamu'alaikum mohon izin untuk gunakan teks ini, terimakasih
ReplyDeleteAssalammualaikum Tuan. Mohon izin untuk menggunakan teks ucapan sebagai rujukan. Terima kasih.
ReplyDeletemohon izin untuk gunakan teks ini ya. terima kasih
ReplyDeletemohon izin menggunakan teks ini.tk
ReplyDeleteAssalammualaikum. saya minta izin guna contoh teks ini ya. Terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum, minta izin guna teks ini..Terima kasih
ReplyDeletemohon izin gunakan teks ini . Terima kasih
ReplyDeletemohon izin guna sebahagian teks ya tuan
ReplyDeletemohon izin gunakan sebahagian teks ini yer tuan
ReplyDelete