Cadangan Trip Musim Sejuk Nagoya - Takayama, Jepun ; Januari 2017

2017年1月の名古屋から高山までの冬旅行
Takayama Trip via Nagoya City

FAKTA : Nagoya, ibu Aichi Prefecture dan keempat terbesar di Jepun, terkenal sebagai tempat asal kelahiran kepada Toyota, Honda dan Mitsubushi Motors. Banyak tempat bersejarah yang berkaitan telah musnah semasa Perang Dunia II. Bandar ini telah dibina semula sebagai pusat perindustrian utama dan hari ini ia mempunyai rasa moden, dengan jalan-jalan yang luas, kereta mesra, kelompok bangunan pencakar langit baru di pusat bandar dan masyarakat antarabangsa yang berkembang maju tertarik dengan peluang pekerjaan di sini.
PENGENALAN
Tanggal 11hb sehingga 17hb Januari 2017 merupakan tarikh keramat oleh kami untuk trip kali ini ke Jepun. Ianya merupakan trip ketiga kami akan melancong ke Negara Matahari Terbit sekali lagi. Walaupun dikatakan oleh ramai pihak kenapa asyik pergi ke negara yang sama, bagi kami trip ke sini merupakan trip yang paling menarik dan menpunyai pelbagai kenangan manis, pahit dan telah terpahat dalam hati kami masing-masing. Bak kata orang, Jepun seolah-olah kampung halaman kami dan pasti akan kembali setiap dua tahun sekali. 
  • Trip Pertama Dis, Tahun 2012 : Tokyo - Nagoya (Awal Musim Sejuk) 
  • Trip Kedua Nov, Tahun 2014 : Nagoya sahaja (Akhir Musim Luruh)
  • Trip Ketiga Jan, Tahun 2017 : Nagoya - Takayama (Kemuncak Musim Sejuk)
Berikut adalah cadangan perancangan kami untuk trip ke Nagoya - Takayama kali ini untuk dikongsi bersama dan dijadikan panduan pada mana-mana yang berminat.

11 Jan, 2017 (Rabu)
Tiket penerbangan telah ditempah awal lagi iaitu pada bulan September, 2016 dengan harga penerbangan pergi-balik sebanyak RM796.00 menggunakan aplikasi Expedia Travel. Daripada aplikasi ini, kami dapat mengetahui tiket penerbangan yang manakah paling murah dan berbaloi untuk dipilih. 
Bertolak daripada Kota Bharu ke KLIA 2 dengan menaiki Air Asia kelas ekonomi. Makan minum TIDAK disediakan di dalam penerbangan.  
  • Kota Bharu, 1250pm ⇒ KLIA 2, 1400pm
Kami kena transit daripada KLIA 2 ke KLIA dengan menggunakan ERL Train kerana penerbangan Vietnam Airlines berlepas daripada KLIA.
Bertolak daripada KLIA ke Ho Chi Ming dengan menaiki Vietnam Airlines (VN0674) kelas ekonomi. Makan minum disediakan di dalam penerbangan.  
  • KLIA, 2050pm ⇒ Ho Chi Ming, 2145pm
12 Jan, 2017 (Khamis)
Penerbangan kali ini memerlukan kami transit di Vietnam terlebih dahulu kerana tiada penerbangan terus menggunakan Vietnam Airlines ke Jepun.
Bertolak daripada Ho Chi Ming ke Nagoya dengan menaiki Vietnam Airlines (VN0340) kelas ekonomi. Makan minum disediakan di dalam penerbangan. 
  • Ho Chi Ming, 0050am ⇒ Nagoya, 0735am
Ketibaan di Nagoya iaitu Chubu Centrair International Airport pada waktu pagi. Bertolak menaiki keretapi menuju ke pusat bandar Nagoya. Masa perjalanan menaiki keretapi adalah sebanyak 28 minit sahaja dengan harga tiket sehala JPY870 (MYR35.08)


Kedudukan  Chubu Centrair Airport
Kadar Harga Tiket dan Masa Perjalanan
Apabila tiba di Nagoya Station, perkara yang mula-mula akan dilakukan ialah mencari kaunter tiket bas ekspress bagi tujuan untuk bertolak ke Takayama, Gifu pada keesokan pagi nanti. Harga tiket bas pergi-balik Nagoya - Takayama berdasarkan kaji selidik di internet adalah JPY6,000 (MYR240). Kenapa trip kali ini kami akan ke Takayama? Ini adalah semata-mata untuk menikmati salji di kawasan tersebut kerana di Nagoya, salji jarang turun walaupun musim sejuk kerana awam salji dihalangi oleh pergunungan di utara Nagoya. Maka, jika nak main salji disarankan ke kawasan utara barulah "betul-betul kaw" rasa kesejukan suhu mencecah negatif darjah celsius.

Tempat penginapan telah dilakukan tempahan melalui Booking.com secara online iaitu di Backpackers Nagoya Guesthouse Otohaya dengan harga JPY7,500 (MYR302.38) untuk tiga orang. Bilik adalah jenis dormitory room. Dalam bilik ini akan ada 6 katil berasingan dan dikongsi bersama dengan pengunjung yang lain. Check in di rumah tumpangan ini setelah selesai pembelian tiket bas ekspress. Kedudukan rumah tumpangan ini terletak berdekatan dengan Osu Kannon, yang mana merupakan kawasan pembelian seperti Chow Kit Road dan Masjid India di Malaysia. Pelbagai barangan meliputi barang berjenama dan murah boleh didapati di sini.

  • Check In Time : 15: 00 ~ 21: 00 (Boleh meletakkan bagasi dari jam 09:00)
  • Check Out Time : 10:00
  • Hotel dibuka pada 09:00 dan masa rehat (jam 11: 00 ~ 14: 00 dan 21: 00 ~ 09: 00)
  • Pembayaran: Hanya menggunakan duit tunai Jepun sahaja.
  • Nagoya Guesthouse Otohaya terletak di lokasi strategik di pusat bandar Nagoya, hanya 10 minit berjalan kaki dari Osu Kannon Station, dan 20 minit berjalan kaki dari Stesen Nagoya.
Aktiviti Di Pusat Bandar Nagoya
  • Makan tengah hari di Restoran India (Kashmir) dengan bajet JPY1,500 (makan sesuka hati sehingga puas atau juga dikenali dengan tabehoudai)
  • Window Shopping di Osu Kannon, nak beli baju sejuk dicadangkan di sini. 
  • Merayau-rayau di sekitar Tsurumai Park / Kanayama / Fukiage / Sakae
13 Jan, 2017 (Jumaat)
Nagoya Station
  • Check out rumah tumpangan pada awal pagi.
  • Menuju ke Nagoya Station, terletaknya terminal bas dan juga keretapi yang menghubungi semua daerah di Jepun.
  • Bertolak ke Takayama dengan menggunakan bas ekspress pada jam 8.00 pagi dan dijangka sampai pada jam 11.00 pagi.
  • Perjalanan akan mengambil masa selama 2.5 jam dengan kos sebanyak JPY5,140 (MYR207.23)  bagi tiket pergi balik. Jika menggunakan JR Hida Express Train, ianya mengambil kos sebanyak JPY12,000 (MYR483.82) bagi tiket pergi balik dengan masa perjalanan sama juga dengan bas ekspress selama 2.5 jam juga.   
Peta Bandar Takayama
Tempat penginapan telah dilakukan tempahan di Natural Onsen Hostel Hidamari No Yu dengan harga JPY15,000 (MYR604.77) untuk tiga orang. Bilik adalah jenis bunk bed in mixed dormitory room. Memandangkan penjimatan kos adalah keutamaan kami, berjalan kaki daripada Takayama Sation ke hostel tersebut menjadi pilihan sambil menikmati suasana sekitar bandar tersebut. Masa perjalanan dengan berjalan kaki dijangka mengambil masa selama 1 jam.
" Boasting spacious hot spring baths for a fee, Natural Onsen Hostel Hidamari no Yu is hostel accommodation located in Takayama. Free pick-up shuttles are provided from JR Takayama Station, a 10-minute drive away. Free WiFi is offered in the public area. Guests can stay at one of the dormitory rooms featuring wooden bunk beds. Bathroom and toilets are shared, and towels are available at an additional charge. Hidamari no Yu Hostel’s public bathing area includes saunas, various hot tubs and open-air baths, all available at a discounted fee for staying guests. The property also offers a shared lounge, luggage storage and drinks vending machines. Free parking is available on site. The hostel is a 60-minute drive to Shirakawa-go, and a quick 15-minute drive to the Jinya Morning Market. The scenic Old Town is also accessible within a 15-minute drive." ....from website of Natural Onsen Hostel Hidamari No Yu
Aktiviti Di Bandar Takayama
13hb ~ 15hb Jan 2017 ( 3 hari 2 malam )
  • Pusing-pusing bandar lama
  • Mandi kolam air panas atau juga dikenali onsen
  • Bermain salji dan buat orang salji
  • Jika ada kesempatan dari segi wang dan masa, akan bertolak ke Shiragawa-go

Perancangan untuk berada di Takayama adalah selama 3 hari 2 malam bagi menikmati sepuas-puas hatinya kesejukan musim salji di sini. Suhu di sini boleh mencecah sekitar -7'C (minimum) dan 3'Celcius (maksimum). Maka, siapkan diri dengan pakaian tebal. 





15 Jan, 2017 (Ahad)
Check out hostel di Takayama dan bergerak menuju ke Takayama Bus Station untuk menaiki bas kembali ke Pusat Bandar Nagoya. Masa perjalanan juga dianggarkan dalam 2.5 jam. Sampai sahaja di Nagoya, terus check in hotel di UNIZO INN Nagoya Sakae Higashi. Harga hotel untuk 3 hari 2 malam adalah JPY15,400 (MYR614) untuk tiga orang.


UNIZO INN Nagoya
Aktiviti Terakhir Di Nagoya
  • Pusing-pusing sekitar pusat bandar seperti Sakae, Nagoya TV Tower, Fushimi dan kedai-kedai elektronik yang ada di sekitar tempat ini.
  • Melawat Nagoya Institute of Technology dan Tsurumai Park. 
  • Nagoya Castle
  • Nagoya Port
  • Osu Kannon - membeli belah sekali lagi di sana
  • BOOK OFF kemungkinan besar akan pergi habiskan duit sekali lagi di sini. Penuh dengan barangan branded yang murah-murah.


17 Jan, 2017 (Selasa)
Check out hotel untuk bersiap sedia balik ke Malaysia menerusi penerbangan Vietnam Airlines. Naik keretapi di Nagoya Station dan menghala ke Chubu Centrair International Airport. 
Bertolak daripada Nagoya ke Hanoi dengan menaiki Vietnam Airlines (VN0347) kelas ekonomi. Makan minum disediakan di dalam penerbangan.  
  • Nagoya, 1030am ⇒ Hanoi, 1425pm
Transit dan bertolak daripada Hanoi ke KLIA dengan menaiki Vietnam Airlines (VN0681) kelas ekonomi. Makan minum disediakan di dalam penerbangan.  
  • Hanoi, 1530pm ⇒ KLIA, 1945pm
Penerbangan balik ke kampung halaman di Kota Bharu dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pada jam 2235pm dan dijangka sampai pada jam 2330pm. Makanan disediakan di dalam penerbangan ini. 

Anggaran Kos Belanja
Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan bagi trip ke Nagoya - Takayama nanti. Kos mungkin berubah berdasarkan kadar pertukaran wang dan juga harga sebenar yang akan dibelanjakan di sana nanti.
Bil
Perkara
JPY
MYR
1
Tiket penerbangan KBR – KLIA2 (AirAsia)
-
37.48
2
Tiket penerbangan KLIA – KBR (MAS)
-
98.58
3
Tiket penerbangan KLIA – NGO dan NGO - KLIA
-
796.00
4
Airport train – Nagoya City (pergi – balik)
1,740
69.42
5
Bus express Nagoya – Takayama (pergi – balik)
5,140
205.08
6
Backpackers Nagoya Guesthouse Otohaya 
(semalaman)
2,500
99.75
7
Natural Onsen Hostel Hidamari No Yu 
(3 hari 2 malam)
5,000
199.50
8
Unizo Inn Nagoya Hotel (3 hari 2 malam)
5,134
204.84
9
Makan minum selama 7 hari
* makan onigiri JPY150 x 2 nos x 3 kali x 7 hari : 
JPY6,300
* minum air tin JPY200 x 2 nos x 3 kali x 7 hari : 
JPY8,400
* bekalan air mineral JPY200 x 1 nos x 7 hari : 
JPY1,400


16,100


642.37
10
Makan tengahari di Kashmir Restaurant (Nagoya)
1,500
59.85
11
Pengangkutan subway di Nagoya (8 kali perjalanan)
2,000
79.80
12
Tiket masuk kolam air panas (onsen)
2,000
79.80
13
Lain-lain keperluan
15,000
598.49
Jumlah Keseluruhan
3,170.96
       Nilai tukaran JPY pada masa ini ialah JPY100 bersamaan MYR3.99 pada 31hb Okt 2016.

Kos perbelanjaan bagi keseluruhan trip kali ini berjumlah MYR3,170.96 termasuk tiket penerbangan daripada Kota Bharu - Kuala Lumpur - Nagoya. Dengan itu, wang yang perlu dibawa ke Jepun nanti sebagai wang belanja adalah sebanyak MYR2,238.90 iaitu sebanyak JPY56,112 (dibundarkan dalam lingkungan JPY57,000 sahaja).
Group Ke Nagoya Trip Tahun 2014
Selesai sudah cadangan dan perancangan untuk trip ke Nagoya - Takayama pada kali ini. Semoga berjalan lancar, Insya-Allah.

Tunggukan gambar-gambar menarik semasa kami berada di sana nanti.

Salam musafir papa.

Anda mungkin meminati dengan artikel ini :

No comments:

Post a Comment