Izanami and Izanagi
“ They say Japan was made by a sword. They say the old gods dipped a coral blade into the ocean, and when they pulled it out four perfect drops fell back into the sea, and those drops became the islands of Japan.”
Opening Script of “The Last Samurai 2003”
Kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia berkemampuan untuk melancong ke luar Negara terutamanya ke Negara Matahari Terbit iaitu Jepun terutamanya selepas syarikat penerbangan tambang murah negara AirAsia X Sdn Bhd melancarkan penerbangan sulungnya ke Jepun pada Disember tahun 2010.
1.0 TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN
Anda perlu menempah tiket penerbangan sekurang-kurangnya 6 bulan awal sebelum tarikh perjalanan sekiranya inginkan harga tiket yang berpatutan dan murah. Syarikat penerbangan yang menawarkan tawaran yang terbaik setakat ini adalah syarikat penerbangan AirAsia X Sdn Bhd yang mana sering mengadakan promosi tambang murah yang tidak munasabah. Pernah terdapat kos tambang penerbangan ke Kuala Lumpur – Narita (pergi balik) dapat diperolehi sekitar RM550 (tanpa bagasi). Wow !!!
Pada masa ini, AirAsia X Sdn Bhd hanya melakukan perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Haneda (Tokyo), Narita (Tokyo) dan juga Osaka. Penerbangan ke Chubu (Nagoya) telah dihentikan buat sementara atas sebab-sebab kurangnya permintaan buat masa ini. Penerbangan terus ke Shin-Chitose, Hokkaido juga ada disediakan yang mana kekerapan sebanyak 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2015. Berikut adalah jadual penerbangan Kuala Lumpur – Shin Chitose dengan penerbangan AirAsia X Sdn Bhd.
Jadual
Penerbangan bagi Kuala Lumpur (KUL) – Sapporo-Shin-Chitose (CTS)
|
|
KUL – CTS
CTS – KUL
|
11.35 mlm – 8.10 pagi : Isnin, Rabu, Jumaat,
Ahad
9.20 pagi – 5.00 ptg : Selasa, Khamis, Sabtu,
Ahad
|
*tertakluk kepada perubahan ( ini adalah semasa pada tarikh 21 Okt 2015
)
2.0 KEPERLUAN VISA
Passport Biometrik |
Sekiranya anda bukan pemegang passport biometric tersebut, dinasihatkan mendapatkan visa melalui kedutaan Jepun di Malaysia. Terdapat simbol di sebelah bawah perkataan PASSPORT yang mana menunjukkan passport tersebut ada kemudahan biometrik dilengkapi dengan mikrocip.
Temporary visa akan dicop pada passport selepas pengesahan daripada pegawai imigressen di balai ketibaan. Antara dokumen yang diperlukan pada masa tersebut adalah tiket penerbangan pergi-balik dan alamat tempat menginap sepanjang tempoh berada di Jepun.
Cth Cop Entry Visa Japan |
Fakta !!!
Jepun [ 日本国, Nihon ] adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik dengan kepadatan tinggi penduduk di bandar, di kelilingi dengan istana empayar, taman negara pergunungan dan beribu-ribu tempat-tempat suci dan kuil. Tokyo, ibu negara, terkenal dengan bangunan pencakar langit neon dan budaya pop dengan jumlah penduduk sebanyak 127.3 juta penduduk berdasarkan data bank dunia pada tahun 2013. Sebaliknya, Kyoto pula menawarkan kuil-kuil Buddha, Shinto, taman-taman dan bunga sakura. Sushi, hidangan tempatan, dihidangkan di mana-mana tempat dari pub kasual hinggalah ke restoran biasa.
3.0 ANGGARAN KASAR BAJET
Bagi mereka yang belum pernah ke Jepun sering kali bertanyakan berapa nilai wang yang perlu dibawa ke sana? Adakah ringgit Malaysia diterima pakai untuk dilakukan pertukaran? Dinasihatkan buat pertukaran wang ringgit kepada Yen di Malaysia kerana nilai pertukaran di sana lebih mahal (di lapangan terbang antarabangsa) dan kebanyakannya bank tempatan tidak menerima ringgit. Berikut adalah anggaran belanjawan yang perlu berdasarkan perkiraan asas untuk kelangsungan hidup di sana.
- Penginapan (sekiranya jenis dormitory & perlu tempahan awal) : ¥3,300 x 5 atau RM660.00
- Makan minum untuk 3 kali makan sehari ¥500 sekali makan ( Onigiri ¥150 + Air tin ¥200 + Roti ¥150 ) : ¥1,500 x 5 atau RM300.00
- Pengangkutan (selain daripada pengunaan shinkansen) : ¥3,000 x 5 atau RM600.00
- Tiket Penerbangan (bergantung kepada harga pasaran) : ¥34,500 atau RM1,380.00
- Lain-lain (tidak termasuk bajet pembelian cenderahati) : ¥20,000 atau RM800.00
Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM3,740.00
Nota :
Kadar tukaran : ¥100 bersamaan RM4.00 pada 09hb Okt 2016
Tempoh penginapan selama 5 hari di Sakura Hotel Ikeburo, Tokyo
Hampir sebanyak RM4,000.00 diperlukan untuk dibelanjakan di Jepun termasuk tiket penerbangan pergi-balik sekiranya tempoh lawatan ke sana selama 5 hari 3 malam (2 malam semasa penerbangan pergi-balik selama 6 jam) .
- tamat bab 1, akan bersambung ke bab seterusnya nanti -
- tamat bab 1, akan bersambung ke bab seterusnya nanti -
No comments:
Post a Comment