Wednesday, 19 October 2016

Sejarah ROHM WAKO Electronic Malaysia Sdn. Bhd.

ROHM WAKO Electronic Malaysia Sdn Bhd 
ROHM Semiconductor Malaysia Sdn Bhd

Simbol Syarikat
ROHM telah ditubuhkan pada Kyoto pada tahun 1958 sebagai mulanya pengeluar komponen elektronik kecil. Pada tahun 1967 pengeluaran telah diperluaskan untuk memasukkan transistor dan diod, dan pada tahun 1969, IC dan produk semikonduktor lain mula dibuat. Pada tahun 1971, syarikat mula memasuki pasaran AS dengan menubuhkan pejabat jualan dan pusat reka bentuk IC di Silicon Valley. Melalui kerja keras dan dedikasi ghairah tenaga kerja muda, perniagaan mula berkembang, di luar negara serta menjadi model untuk syarikat-syarikat lain di Jepun.

Perkataan ROHM berasal daripada Resistor dan unit OHM. Apabila digabungkan menjadi ROHM. Di Malaysia, kilang ini dikenali dengan nama ROHM WAKO Electronics Malaysia Sdn Bhd. Pada mulanya, ianya terletak di Shah Alam kemudian berpindah ke Pulau Pinang dan akhirnya sekarang kekal di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan. ROHM WAKO di Malaysia dikendalikan oleh ROHM WAKO Japan yang berpusat di Kasaoka City, Okayama Japan yang mana anak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1966. Penubuhan kilang ini di Malaysia ialah pada 13hb Mac 1989.

Bangunan Baru ROHM Semiconductor
Pada tahun 2016, satu pejabat operasi dan kilang pembuatan baru telah dibina bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk baru daripada kilang ini. Nama kilang ini juga telah ditukar kepada ROHM Semiconductor Sdn Bhd yang mana semua proses pengurusan telah diambil alih oleh ROHM Semiconductor Japan, bukan lagi di bawah seliaan ROHM Wako Japan. 


Antara keluaran produk-produk kilang ini ialah glass diode, LED, PSM diode dan PMDU diode. Komponen produk ini selalu digunakan dalam industri elektronik seperti telefon bimbit, kenderaan dan juga television serta kamera. 
Contoh produk diode yang dikeluarkan
Berikut adalah profil syarikat (sehingga tahun 2016) yang diketahui 
Status of company : Privately owned - Japanese
Representative  : President Yukihiro Takizawa 
Description of business :Manufacturing of Semiconductor Product (Light Emitting Diode & Diode )
No of Employee  : 1807 person (April 2016)
Qualification for Engineer : Bachelor's Degree - Major in Electrical, Electronics, Mechanical, Mechatronics or Manufacturing
Type of job : 
  • Manufacturing Engineer,
  • Production System Engineer,
  • Production Control Engineer,
  • Quality Control Engineer
Application Procedure : Send your resume to our e-mail address recruit@adm.rohmmalay.com
Document required
  • Resume (must consists of Course Major, working experience - if any)
  • Expected graduation date,
  • Copy of academic transcript and other related document.
Submit to
Rohm-Wako Electronics (M) Sdn. Bhd.
Personnel Dept.,
Lot 1320, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II,
16100 Kota Bharu, Kelantan.
+60 9-774 1500
( Attn to: Mr. Wahid / Ms. Hafiza - HR Department )



2 comments:

  1. Di kilang Rohm Wako ni, bahagian QA ada tak menggunakan CMM dan VMM?,

    ReplyDelete
  2. Nak email company… bleh ke?

    ReplyDelete