Tuesday, 15 November 2016

Tanggungjawab Kumpulan Pembangunan Perniagaan

Tanggungjawab Kumpulan Pembangunan Perniagaan
Business Development Team Job Responsibilities

Membina kedudukan pasaran dengan meletakkan, membangunkan, menentukan, berunding, dan mewujudkan hubungan perniagaan. (Builds market position by locating, developing, defining, negotiating, and closing business relationships. )
  • Mengenal pasti idea trend dengan menyelidik aktiviti industri yang berkaitan, penerbitan, dan pengumuman; mengesan penyumbang individu dan pencapaian mereka. (Identifies trendsetter ideas by researching industry and related events, publications, and announcements; tracking individual contributors and their accomplishments.)
  • Menempatkan atau bercadang niaga perniagaan yang berpotensi dengan menghubungi rakan kongsi yang berpotensi; yang menemui dan meneroka peluang-peluang. (Locates or proposes potential business deals by contacting potential partners; discovering and exploring opportunities.)
  • Screens niaga perniagaan yang berpotensi dengan menganalisis strategi pasaran, keperluan perjanjian, yang berpotensi, dan kewangan; menilai pilihan; menyelesaikan keutamaan dalaman; mencadangkan pelaburan ekuiti. (Screens potential business deals by analyzing market strategies, deal requirements, potential, and financials; evaluating options; resolving internal priorities; recommending equity investments.)
  • Membangunkan berunding strategi dan kedudukan dengan mengkaji integrasi usaha baru dengan strategi dan operasi syarikat; memeriksa risiko dan potensi; menganggarkan keperluan dan matlamat rakan kongsi.(Develops negotiating strategies and positions by studying integration of new venture with company strategies and operations; examining risks and potentials; estimating partners' needs and goals.)
  • Menutup tawaran perniagaan baru dengan menyelaras keperluan; membangun dan merundingkan kontrak; mengintegrasikan keperluan kontrak dengan operasi perniagaan. (Closes new business deals by coordinating requirements; developing and negotiating contracts; integrating contract requirements with business operations.)
  • Melindungi nilai organisasi dengan menjaga maklumat sulit.(Protects organization's value by keeping information confidential.)
  • Kemas kini pengetahuan kerja dengan mengambil bahagian dalam peluang-peluang pendidikan; membaca penerbitan profesional; mengekalkan rangkaian peribadi; yang mengambil bahagian dalam organisasi profesional.(Updates job knowledge by participating in educational opportunities; reading professional publications; maintaining personal networks; participating in professional organizations.)
  • Meningkatkan reputasi organisasi dengan menerima pemilikan untuk mencapai permintaan baru dan berbeza; meneroka peluang untuk menambah nilai kepada pencapaian kerja.(Enhances organization reputation by accepting ownership for accomplishing new and different requests; exploring opportunities to add value to job accomplishments.)



Monday, 14 November 2016

Diesel & Biodiesel

Pengenalan
Bahan api diesel secara umum merupakan bahan api cecair yang digunakan dalam enjin diesel. Penggunaan enjin diesel diguna secara meluas sebagai hasil daripada kecekapan termodinamik yang lebih tinggi dan kecekapannya walaupun membawa bebanan yang tinggi. Disebabkan itu, jentera berat banyak menggunakan bahan api diesel sebagai bahan api utama disebabkan kecekapan tersebut. Diesel diperolehi daripada proses penyulingan petroleum (crued oil ; minyak mentah) pada suhu 200°C ~ 350°C pada tekanan atmosfera. Dengan ini minyak mentah adalah bahan utama penghasilan diesel namun campuran minyak sayuran dan minyak mentah (dalam nisbah tertentu) atau minyak sayuran itu secara sendirian boleh menghasilkan bahan api diesel.

Contoh Jentera Berat
Jenis yang paling lazim adalah hasil khas pecahan penapisan petroleum, tetapi bahan api diesel daripada sumber alternatif bukan petroleum seperti biodiesel atau biojisim sudah mula dibangunkan dan diguna pakai. Bahan api diesel bersulfur lampau rendah (ULSD; Ultra-Low Sulphur Diesel) adalah satu piawaian bagi diesel dengan kandungan sulfur yang rendah. Setakat tahun 2007, hampir kesemua bahan api diesel di Amerika dan Eropah adalah dari jenis ULSD, manakala diesel yang dijual di Malaysia secara amnya mempunyai kandungan sulfur yang tinggi.



Pengurangan Perlepasan Sulfur
Pada masa lalu, bahan api diesel yang terkandung kuantiti yang lebih tinggi sulfur. Standard pelepasan Eropah dan tekanan cukai telah memaksa kilang penapis minyak secara mendadak mengurangkan tahap sulfur dalam bahan api diesel. Di Kesatuan Eropah, kandungan sulfur telah secara dramatik dikurangkan dalam tempoh 20 tahun lepas. Standard yang sedang berkuatkuasa di Kesatuan Eropah sekarang adalah Diesel Euro 5, dengan kandungan maksimum 10 ppm.

Standard Perlepasan
Berkuatkuasa
Kandungan Sulfur
No. Cetane *
Euro 1
1 January 1993
max. 2000 ppm
min. 49
Euro 2
1 January 1996
max. 500 ppm
min. 49
Euro 3
1 January 2001
max. 350 ppm
min. 51
Euro 4
1. January 2006
max. 50 ppm
min. 51
Euro 5
1 January 2009
max. 10 ppm
min. 51

* Kedudukan Centane atau CN merupakan petunjuk kelajuan pembakaran bahan api diesel dan mampatan diperlukan untuk pencucuhan. Ia adalah songsang kadar oktana yang sama untuk petrol. CN adalah faktor penting dalam menentukan kualiti bahan api diesel.

Apa itu biodiesel ?
Biodiesel boleh diperolehi daripada minyak sayuran, ataupun lemak haiwan, melalui proses transesterifikasi. Biodiesel adalah bahan api bukan fosil, bahan bakar alternatif yang lebih bersih daripada petrodiesel. Ia juga boleh dicampur dengan petrodiesel dalam apa jua nisbah kandungan di dalam sesetengah enjin moden, tetapi 'tidak begitu disyorkan' oleh sesetengah pengeluar kenderaan. Biodiesel mempunyai takat jel yang lebih tinggi daripada petrodiesel, tetapi setanding kepada diesel. Ia boleh diatasi dengan menggunakan campuran biodiesel/petrodiesel, ataupun dengan pemasangan pemanas bahan api, tetapi ia hanya diperlukan semasa musim sejuk. Satu pecahan kecil biodiesel boleh dijadikan sebagai aditif dalam formulasi diesel bersulfur rendah bagi meningkatkan tahap pelinciran yang hilang akibat pembuangan sulfur. Jika ia tertumpah, kesan tumpahan biodiesel boleh dicuci dengan mudah dengan air biasa serta tidak toksik berbanding bahan api lain.
Sekarang Malaysia menggunakan standard Euro 2 bagi standard perlepasan sulfur. Berkuatkuasa 01hb Disember 2016, Malaysia akan menggunakan biodiesel jenis B7 & B10 dengan nisbah masing-masing 7% dan 10% (Diesel + Pome ; Palm oil metyle ester).
Campuran biodiesel dan diesel berasaskan hidrokarbon biasa merupakan keluaran paling biasa diedarkan bagi kegunaan pasaran. Kebanyakan dunia menggunakan sistem yang dikenali sebagai faktor "B" bagi menyatakan jumlah biodiesel dalam sebarang campuran bahanapi: bahanapi yang mengandungi 20% biodiesel dilabel B20, sementara biodiesel tulen dikenali sebagai B100. Adalah biasa di USA untuk melihat B99.9 kerana kredit cukai kebangsaan diberikan kepada entiti pertama yang mencampurkan diesel petroleum dengan biodiesel tulen. Campuran 20 peratus biodiesel dengan 80 peratus diesel petroleum (B20) biasanya boleh digunakan dalam enjin diesel tanpa pengubahsuaian.

Anda juga mungkin meminati artikel ini :
Pemborong Diesel, Bitumen & Lubricant Yusri Maju Sdn Bhd
Yusri Maju Group Profile

Thursday, 10 November 2016

Contoh Ucapan Pengacara Majlis (MC) bagi Majlis Makan Malam

Tips-tips untuk mengacara majlis sebagai MC (masters of ceremony) atau pengacara majlis.

  1. Cari informasi acara dan tentukan samada majlis diadakan secara formal atau tidak formal.
  2. Jaga penampilan diri sebagai MC kerana penampilan diri dapat mengelakkan pandangan negatif daripada penonton dalam acara tersebut.
  3. Jika anda berganding bahu dengan orang lain semasa mengendalikan acara, pastikan anda kenal pasangan anda dan berkerjasama.
  4. Senaman muka - dilakukan bagi mengelakkan kepayahan dalam menyebut perkataan / mengelakkan salah dalam sebutan.
  5. Latihan hendaklah dilakukan dan seelok-eloknya dilakukan dalam sebutan baku bagi acara formal. Sekiranya tidak formal, bolehlah diselit-selikan dengan sebutan bukan baku.
  6. Point-point ucapan hendaklah dicatit di atas nota atau skrip ucapan bagi elakkan kesilapan. Pastikan anda tahu siapa yang hadir terutamanya VVIP dalam majlis tersebut.
  7. Have fun di dalam majlis tersebut untuk elakkan tekanan semasa mengacarakan majlis.

Berikut adalah contoh ucapan Pengerusi Majlis bagi acara majlis makan malam untuk dikongsi dan dijadikan panduan bersama-sama.  

Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016
Raja Dagang Resort Cherang Ruku Tok Bali 12 November 2016

PERKARA
TEKS UCAPAN
CATATAN
Awal Majlis
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput semua hadirin sekalian  mengambil tempat duduk masing-masing untuk menunggu ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-dif terhormat.

Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bersama keluarga dan dif-dif terhormat, para hadirin dijemput berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan beliau, top management company dan dif-dif jemputan.

UCAPAN PEMBUKAAN

Selamat malam dan salam sejahtera. Izinkan saya berpantun bagi memulakan majlis makan malam pada malam ini.

Bunga melati tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.




Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah  Kasih Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016 di Raja Dagang Resort, Cherang Ruku Tok Bali pada malam ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan serta dif dif terhormat.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En. Muhammad Yusri, ahli keluarga beliau dan dif-dif jemputan kerana sudi meluangkan masa pada malam ini di dalam majlis yang tidak seberapa ini.



Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Gathering Day of Yusri Maju Group ini merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan oleh pihak pengurusan syarikat dan kakitangan untuk menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan silalturahim antara top management dan kakitangan syarikat.

Garam ada, kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada, ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput bakal juara Imam Muda Musim Ke-10, Encik Hisamuddin memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Imam Muda Hisamuddin di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH CEO YMSB

Hadirin yang dihormati,

Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bin Muhammad Nor naik ke pentas untuk memberi sepatah dua kata sebagai kata-kata semangat kepada semua kakitangan syarikat sebelum perasmian majlis makan malam pada malam ini.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

ACARA PERASMIAN MAJLIS

Seterusnya, Majlis menjemput En Saupi, merangkap sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat  untuk mengiringi En Muhammad Yusri naik ke atas pentas untuk menyempurnakan acara perasmian majlis makan malam.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Yusri di atas kesudian merasmikan majlis makan malam.





PENYAMPAIAN  ANUGERAH
Majlis diteruskan dengan acara pengumuman anugerah-anugerah khas bagi tahun 2016, bertujuan untuk memberi semangat dan penghargaan kepada kakitangan yang memberi sumbangan kepada syarikat. Terdapat 8 anugerah yang disediakan pada kali ini dan anugerah-anugerah tersebut ialah:

1.    Anugerah Perkhidmatan Paling Lama
2.    Anugerah Khas CEO 2016
3.    Anugerah Perhargaan Bussines Assioate dan Director
4.    Anugerah Pekerja Cemerlang 2016
5.    Anugerah Operator Terbaik
6.    Anugerah Operator Muda Berbakat
7.    Anugerah Pekerja Serba Boleh
8.    Tokoh Yusri Maju 2016

Tanpa dilengahkan masa lagi, acara diteruskan dengan acara pengumuman bagi kategori anugerah – anugerah yang dinyatakan sebentar tadi.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah orang siapa yang tahu…

Dipersilakan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En. Muhammad Yusri  diiringi En. Mohd Saupi naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah bagi anugerah-anugerah tersebut. Dipersilakan.....

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Muhammad Yusri dan En. Saupi diatas kesudian menyampaikan hadiah.


Pada minggu yang lalu, kita ada mengadakan acara sukan di Kompleks Belia dan Sukan Panji Kota Bharu. Pada hari tersebut, terdapat beberapa kategori suka dipertandingkan telah diadakan.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah Hari Sukan kepada para pemenang. Dipersilakan En. Sukri bin Muhammad diiringi En. Wan Khairul naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah Hari Sukan.

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Sukri dan En. Wan Khairul diatas kesudian menyampaikan hadiah.


BERSURAI
Dengan berakhirnya acara penyampaian anugerah dan hadiah hari sukan itu tadi, maka berakhirlah tugas saya sebagai MC pada kali ini, tahun depan pastikan orang lain pula bertugas nanti.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan majlis penyampaian anugerah dan hadiah itu tadi.   Sebelum kita menjamu selera, dengarkanlah dua rangkap pantun daripada saya,
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.

Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan belum kami nak ucapkan.
Silalah menjamu selera hidangan sedang menunggu.

Dijemput para hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan di luar dewan. Di samping itu, majlis diteruskan dengan aktiviti persembahan dan pertandingan karaoke serta cabutan bertuah. Saya serahkan acara majlis seterusnya kepada En Arman dan Cik Wahida. Dipersilakan.....




Monday, 7 November 2016

Hari Sukan YMSB Tahun 2016

Nov 6hb, 2016 - Kompleks Sukan & Belia Panji Kota Bharu

Hari Sukan, sebuah aktiviti kesukanan yang dianjurkan julung-julung kalinya oleh Yusri Maju Sdn Bhd bersama semua kakitangannya di Kompleks Sukan & Belia Panji Kota Bharu. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silalturahim antara kakitangan dan juga dengan pihak pengurusan yang mana turut serta terlibat dalam aktiviti kesukanan ini.

Video Hari Sukan Yusri Maju Sdn Bhd 

Antara sukan-sukan yang diadakan sepanjang program ini berlangsung adalah ping pong, badminton, futsal, bola padang dan juga tidak ketinggalan permainan congkak, dam aji serta carrom. Pertandingan dilakukan di dalam aktiviti sukan ini bukannya bertujuan untuk mengetahui siapa yang menang atau kalah, tapi lebih kepada "suka-suka" sebagai persaingan sihat dalam aktiviti bersukan.
Kakitangan berkumpul mengikut rumah sukan
Aktiviti dimulakan dengan kakitangan mendaftarkan diri dan berkumpul mengikut rumah sukan yang ditetapkan. Sebelum aktiviti sukan dilakukan, semua kakitangan akan melakukan senaman ringkas bagi memanaskan badang atau warming up dengan melakukan senaman berzumba yang diketuai oleh kakitangan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Padang bola Komples Sukan
Saksikanlah sedikit sedutan daripada video di atas yang menceritakan aktiviti sukan yang dijalankan selama satu (1) hari suntuk yang mana merupakan aktiviti yang berjaya merapatkan hubungan antara semua kakitangan.

Semoga aktiviti sedemikian terus dijalankan dari masa ke semasa. Jumpa lagi di tahun hadapan. Santai Ria Tahun 2016 dengan motto "Kasih Sayang Sepanjang Jalan" bersama anda.


Friday, 4 November 2016

Nilai Murni Masyarakat Jepun Ada Dalam Islam ?

Negara Jepun 『日本国』, satu nama yang tidak asing dan amat terkenal bagi rakyat Malaysia secara khususnya samada dari segi kesan sejarahnya pada tanahair dan seluruh dunia secara amnya. Berdasarkan bahasa Melayu lama, nama negara Jepun berasal daripada "Jepang" (yang kini diterapkan dalam bahasa Indonesia) dipinjamkan daripada loghat bahasa Cina.

Nama Jepun di dalam bahasa Melayu kini mungkin berasal daripada loghat bahasa Hokkien iaitu "Jit-pun". Populasi asal rakyat Jepun terdiri hampir 99% berbangsa Jepun (kecuali di Hokaido ada suku kaum Ainu) dan yang tidak bercampur dengan mana-mana bangsa lain sepertimana di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, agama dan bahasa. 

Rakyat Jepun rata-ratanya mengakui tidak memeluk apa-apa kepercayaan dan agama kerana hampir keseluruhannya tidak beragama secara rasminya pada masa kini. Walaupun ada segelintir rakyatnya benar-benar mengamalkan agama Kristian dan sedikit bilangannya pada agama Islam pada hari ini, amalan dalam agama Buddha - Shito masih diamalkan semata-mata hanya sebagai adat budaya. Tidak hairan sekiranya rakyat Jepun melakukan ritual agama Kristian dalam perkahwinan tetapi mengamalkan upacara pengebumian mayat dalam agama Buddha, dan juga meraikan perayaan-perayaan tertentu seperti Tahun Baru di kuil-kuil Shito sebagai meminta restu dan rahmat daripada semangat roh dan dewa yang dipercayai wujud di persekitaran mereka.

Apa yang mahu dikatakan di sini ialah banyak rakyat Malaysia menyanjungi tentang budaya masyarakat Jepun dalam kehidupan seharian, terutamanya ramai rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu mula mampu untuk menjejaki dan melancong ke negara Jepun sejak akhir-akhir ini. Mereka kagum dan memuji akan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh orang Jepun dari pelbagai segi samada bidang perniagaan, keluarga, sistem persekolahan dan toleransi beragama yang dianuti oleh rakyat asing di sana. Nilai-nilai murni yang diamalkan itu telah lama ditekankan dan diajarkan oleh Islam kepada penganutnya tetapi sedihnya tidak diamalkan sepenuhnya oleh penganut Islam itu sendiri. Disebabkan itulah rakyat Jepun tidak akan mudah memeluk Islam sekiranya memandang Islam dari kaca mata penganutnya, tetapi kebanyakan yang memeluk Islam adalah kerana memandang kesucian dan ajaran yang ada dalam agama itu dengan melakukan kajiannya tersendiri (walaupun ada juga yang menganut Islam kerana dasar perkhawinan campur). Sekarang sudah ada imam masjid di Jepun terdiri daripada orang Jepun itu sendiri seperti di Masjid Camii Tokyo dan Masjid Nagoya.
"Tokyo Camii, yang juga dikenali sebagai Masjid Tokyo, sebuah masjid yang terletak bersebelahan dengan pusat budaya Turki terletak di Daerah Oyama-Cho Shibuya di Tokyo, Jepun. Ia adalah masjid terbesar di Jepun. Masjid ini pada asalnya dibina bersama-sama dengan sekolah yang bersebelahan pada 12 Mei 1938 oleh Bashkir dan Tatar, pendatang dari Rusia yang datang ke Jepun selepas Revolusi Oktober. Ia dibuat di bawah arahan Abdürreşid Ibrahim, Imam pertama masjid, dan Abdülhay Korban Ali. Tokyo Camii berukuran 734 meter persegi dan mempunyai satu tingkat bawah tanah dan tiga tingkat di atas tanah dengan keluasan lantai sebanyak 1,477 meter persegi. Kubah utamanya ialah 23.25 meter dan disokong oleh enam tiang, manakala menara yang bersebelahan tinggi 41,48 meter."
Sebagai contoh nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Jepun dan ada persamaan dengan ajaran Islam adalah sepertimana berikut :

Budaya Masyarakat Jepun
Ajaran Dalam Islam
Amalan tunduk hormat dan memberi ucapan selamat kepada tetamu atau rakan-rakan adalah perkara yang menjadi satu kemestian seperti mengucapkan ''こんにちわ、お元気ですか『konnichiwa, ogenki desuka ? 』= Hello, apa khabar? '' Bukan setakat itu sahaja, apabila mereka sampai di rumah, mereka mengucapkan ''ただいま『Tadaima』= Saya sudah balik " kepada keluarganya di dalam rumah. Amatlah murni budaya tersebut kerana mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka.

Mengalakkan penganutnya memberi salam kepada setiap orang yang dijumpai walaupun tidak mengenali orang itu. Maksud ungkapan salam iaitu Assalamualaikum ialah “selamat sejahtera ke atas kamu”.

Bagi mereka yang mendengar salam tersebut, diwajibkan menjawab salam tersebut dengan mengatakan "segala sejahtera ke atas kamu". 
Menghormati pelanggan dan menganggap mereka seperti Raja atau tidak keterlaluan dengan ungkapan “Layanlah pelanggan seperti Tuhan”. Masyarakat Jepun memang melayan tetamu dengan penuh kesungguhan terutamanya pelanggan yang datang ke kedai. Mereka dengan lantang mengucapakan “いらっしゃいませ『Irrashaimase』 = selamat datang” kepada mana-mana pelanggan dan terus melayan walaupun hanya ingin membeli segelas air mineral. Meraka akan melayan sehingga pelanggan beredar daripada premis meraka.
Memuliakan tetamu atau pelanggan yang datang ke rumah atau premis perniagaan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi

Menjaga kebersihan samada di kawasan rumah, premis perniagaan dan kawasan sekitar jalannya adalah satu kewajiban bagi meraka. Bayangkan di Jepun longkang-longkang di tepi rumah boleh dipelihara ikan koi di dalamnya dan berenang dengan bebas. Tetapi di Malaysia sebaliknya, dan yang paling “hebatnya” di dalam longkang di Malaysia ada yang diisi dengan mayat-mayat bayi.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asy’ari r.a. beliau berkata: Rasulullah telah bersabda: ....Kebersihan itu sebahagian daripada iman....(Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Berdasarkan hadis itu telah jelas ajaran Islam menitikberatkan kebersihan dalam kehidupan. Tetapi penganutnya tidak mengamalkan kebersihan sepenuhnya, sebagai contoh jika dilihat kepada tandas awam di masjid-masjid amat menyedihkan sedangkan itu adalah rumah ibadat. 

Menghormati orang tua adalah satu kewajiban. Mereka akan mendahulukan orang tua dari pelbagai pekara hinggakan kerajaannya memudahkan segala urusan dan kemudahan asas untuk senang digunakan dalam kehidupan seharian. Budaya menghormati orang yang lebih tua ini juga dipraktikan di syarikat-syarikat yang mana seniority lebih diutamakan dalam kenaikan jawatan atau pangkat (walaupun tidak relevan, tapi ianya menunjukkan masyarakat Jepun memang kuat berpegang pada amalan ini).
Di dalam Al-Quran sendiri telah menegaskan akan pentingnya menghormati orang tua sepertimana berikut : QS Al Isra: 23-24, Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang atau keduanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil”.

Menghormati kepercayaan dan agama orang lain. Mereka akan rasa kagum apabila ada orang yang meletakkan agama sebagai peraturan hidup kerana mereka merasakan mereka tidak mampu melakukannya kerana tidak dapat merasai kewujudan Tuhan dalam kehidupan seharian.

Di Jepun sahaja, banyak masjid-masjid dibenarkan dibina walaupun kawasan tersebut tidak menpunyai penganut agama Islam. Bukan setakat masjid dibenarkan dibina, gereja dan juga rumah ibadat Yahudi juga turut dibenarkan oleh kerajaan Jepun. Selain daripada rumah ibadat, tanah perkuburan juga diberi kebenaran oleh kerajaan Jepun. Berkenaan makanan halal, masyarakat Jepun juga semakin peka akan hal ini dan berusaha untuk memahami akan prosedur yang perlu dalam penyediaan makanan halal di lapangan terbang, hotel dan juga restoran.

...dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. (QS AL An'am:108)

Al-Quran sendiri menegaskan larangan menghina dan mencaci sembahan penganut agama yang lain. Menghina adalah sifat manusia yang mengikutkan hawa nafsu. Islam melarang memaksa orang lain agama untuk memeluk Islam. Kewajibaan kita hanyalah menyampaikan, ataupun memanggil manusia ke jalan yang benar, bukan dengan paksaan, tapi dengan kerelaan. Hidayah itu adalah milik Tuhan, bukannya milik manusia itu. Hanya Dia yang mengkehendaki pada mana-mana manusia untuk membuka pintu hatinya.

Lain-lain nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Jepun ialah mentaliti menjaga ketepatan masa dalam setiap urusan. Menepati masa adalah satu budaya yang memang betul-betul dijaga oleh masyarakat Jepun dan akan memandang serong pada mana-mana individu yang memungkiri masa dan waktu yang dijanjikan.
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasehati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)
Sedangkan Tuhan bersumpah dengan masa di dalam al-Quran menunjukkan betapa pentingnya menjaga kualiti masa. Maka sepatutnya, kita penganut Islam perlu menjaga masa dengan sebaik mungkin dan lebih baik daripada orang lain.

Ini merupakan salah satu contoh yang ada di dalam masyarakat Jepun akan nilai-nilai murni yang diamalkan, sama dengan apa yang diajarkan oleh Islam. Amatlah malu kita yang mengaku sebagai umat Muhammad tetapi tidak mengikuti ajaran yang telah diajarkan. Kita hanya menekankan keindahan dari luaran sahaja bukannya penyerapan ajaran itu pada jiwa. Menekankan kepada budaya Arab tetapi bukannya nilai Islam itu sendiri.

Amalan murni ini bukan sahaja diajar dalam agama Islam (merujuk kepada Al-Quran dan Hadith) tetapi keseluruhan agama-agama lain di dunia juga mengalakkan dan mengajar perkara yang baik kepada penganutnya. Apa yang penting ialah belajarlah dan amalkanlah apa-apa yang baik daripada mana-mana budaya di dunia ini asalkan tidak menyalahi kehendak agama. Apa yang baik kita ikuti dan apa yang negatif kita jauhi.

Anda mungkin meminati artikel ini :