Sistem-sistem Pendidikan Jepun

日本の教育システム説明
Sistem pendidikan di Jepun adalah menyamai dengan konsep dan sistem yang diamalkan di Malaysia walaupun ada sedikit perbezaan yang ketara. Dalam artikel ini diceritak serba ringkas tentang aliran sistem pendidikan di Jepun bermula daripada Pra-Sekolah hinggalah ke peringkat universiti untuk rujukan semua.
  • Pendidikan Pra Sekolah & Sekolah Rendah 
Pendidikan melalui sekolah menengah rendah adalah wajib di Jepun, maka keperluan mengikuti pendidikan sekolah rendah bermula daripada di tadika dan pusat jagaan harian. Kanak-kanak akan beralih ke sekolah menengah rendah, apabila mereka melengkapkan 6 tahapan darjah di sekolah rendah. Pada tahapan ini, pelajar tidak diwajibkan memakai pakaian uniform sekolah kecuali di sekolah-sekolah milik persendirian atau swasta.

  • Pendidikan Sekolah Menengah Rendah
3 tahun di sekolah menengah rendah adalah memberi tumpuan untuk pembelajaran akademik. 95% sekolah menengah rendah di Jepun yang dibiayai oleh kerajaan dan kebanyakan 96% daripada pelajar-pelajar di sekolah ini memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Dengan itu, guru akan menghabiskan semua silibus yang perlu diajar di sekolah menengah rendah. Diwajibkan mengenakan pakaian uniform sekolah pada masa ini.
  • Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi
Walaupun pendidikan sekolah menengah tinggi tidak diwajibkan, hampir 94% daripada keseluruhan pelajar daripada sekolah menengah rendah memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ini samada ke sekolah persendirian atau separuh dibiayai oleh kerajaan. Pada tahapan ini, pelajar terhabahagi kepada dua bahagian samada persediaan untuk memasuki universiti atau pun memilih dalam peringkat vokasional. Diwajibkan mengenakan pakaian uniform sekolah pada masa ini.
  • Pendidikan Vokasional
Bagi mana-mana pelajar yang tidak mahu melanjutkan ke peringkat universiti, mereka akan memilih memasuki ke sistem pendidikan vokasional yang mana diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui persijilan tertentu.
  • Pengajian Tinggi / Universiti
Mengikut statistik daripada Kementerian Pendidikan Jepun mengatakan terdapat hampir 3 juta pelajar mendaftarkan diri dalam sistem pendidikan tinggi samada di kolej-kolej dan universiti milik kerajaan ataupun swasta. Bidang yang dipilih meliputi pelbagai bidang samada kejuruteraan, sains sosial dan juga perubatan. Terdapat 96 universiti kebangsaan, 39 universiti awam (ditubuhkan melalui kerajaan tempatan) dan hampir 400 kolej swasta.

Ranking 10 Universiti Terbaik Jepun bagi tahun 2016 adalah :
  1. The University of Tokyo - Tokyo
  2. Kyoto University - Kyoto
  3. Keio University - Tokyo
  4. Osaka University - Suita
  5. University of Tsukuba - Tsukuba
  6. Nagoya University - Nagoya
  7. Kyushu University - Fukuoka
  8. Hokkaido University - Sapporo
  9. Tohoku University - Sendai
  10. Waseda University - Tokyo
Ini berdasarkan kajian yang dikeluarkan daripada  University Web Ranking . Gambar di bawah ialah salah satu gambar bangunan utama bagi Nagoya Institute of Technology yang mana penulis belajar pada masa dahulu.
Nagoya Institute of Technology di tangga ke-41 pada tahun 2016.
Malaysia sering menghantar pelajar-pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Jepun melalui Dasar Pandang Ke Timur melalui dua saluran utama iaitu Rancangan Persediaan Ke Jepun (RPKJ) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Universiti Malaya dan juga Japanese Associate Degree (JAD) tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). 
Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Ketika itu Dr Mahathir baru menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981). Dasar ini diumumkan semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini sebagai reaksi kepada dasar 'Buy British Last' yang juga diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1981. Dasar Pandang Ke Timur bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja.

No comments:

Post a Comment