Pemborong Diesel, Bitumen & Lubricant Yusri Maju Sdn Bhd

Setor Diesel Yusri Maju Sdn Bhd
Yusri Maju Sdn Bhd (YMSB), sebuah syarikat 100% bumiputera memulakan kerja-kerja sebagai kontraktor awam (general work contractor) pada tahun 2008. Bermula daripada tahun ke tahun, YMSB telah melakukan pelbagai projek di bawah tender kerajaan serta swasta yang meliputi kepelbagaian bidang, pengalaman serta teknologi terutamanya dalam bidang kejuruteraan awam.

Kini, YMSB mengambil peranan penting sebagai peneraju utama kontraktor di sektor pembinaan dan penyenggaraan jalan dan kerja-kerja awam yang lain di Malaysia secara umumnya dan di Kelantan secara khususnya. YMSB juga merupakan salah sebuah syarikat pembekal bitumen seluruh Malaysia dan pembekal utama dalam penyewaan aset jentera bergeraknya kepada Propel, PLUS, JKR, Roadcare, kuari dan kontraktor-kontraktor kecil.

Selain daripada kelebihan jentera-jentera milik syarikat, YMSB juga memiliki sebuah setor diesel bagi kegunaan industri yang berfungsi dengan nama "Pemborong Diesel, Bitumen dan Lubricant Yusri Maju Sdn Bhd". Peranan utama adalah membekalkan diesel secara runcit dan kredit kepada pelanggan-pelanggannya sekitar negeri Kelantan di samping produk-produk berkaitan dengan bitumen dan minyak pelincir (lubricant).

Kemudahan Setor Diesel Bagi Kegunaan Industri
Setor diesel ini terletak di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di Tunjong yang mana merupakan kedudukan strategik bagi semua pelanggan dan pengguna diesel dalam bidang industri untuk mendapatkan bekalan ini.  Waktu operasi adalah sepertimana tertera di bawah ini :

Perkara
Maklumat
Waktu Operasi
8.30 pagi hingga 5.30 petang
Waktu Rehat
1.00 tengah hari hingga 2.00 petang
Hari Bekerja
Dibuka enam (6) hari seminggu kecuali pada Hari Jumaat dan cuti umum


Khidmat yang disediakan oleh bahagian setor diesel ini ialah :
  • Membekal dan menghantar diesel industri kepada pelanggan
  • Jualan runcit diesel terus daripada setor-setor diesel 
  • Membekal dan menghantar minyak pelincir (lubricant) 
  • Membekal dan menghantar tack coat (bitumen)
Tanker Lorry (Diesel) siap sedia untuk penghantaran ke seluruh negeri
Setiap penghantaran diesel dan produk-produk minyak yang lain boleh diuruskan oleh pihak kami menerusi tanker lorry milik syarikat dan lori pengangkut kami yang lain. Pelanggan hanya perlu melakukan tempahan dan hari yang diperlukan untuk penghantaran dilakukan terus ke tempat anda.

Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan bekalan diesel boleh berurusan dengan Bahagian Khidmat Pelanggan. Segala urusan samada secara runcit atau kredit bolehlah hubungi kami di alamat tertera di bawah ini :

Perkara
Maklumat
Pegawai Khidmat Pelanggan
En. Farul Aznan bin Ibrahim
Alamat Surat-Menyurat




Yusri Maju Sdn Bhd,
Oil & Gas Department,
Lot 387-A, Kg Tunjong,
Jalan Kuala Krai,
16010 Kota Bharu, Kelantan.
Alamat E-mail
farul@yusrimaju.com.my
No. Telefon :
+609 712 4088
No. Fax :
+609 712 4026
No. Tel. Bimbit :
+6012 567 7568

Kami sedia memberikan khidmat yang terbaik kepada anda semua. Segala pertanyaan dan maklumat bolehlah ditujukan kepada pegawai kami.
"The future belongs to those who prepare for it today"
Terima kasih sekali lagi.

Anda mungkin meminati laman ini :
Yusri Maju Group Profile
Fungsi - Fungsi Bengkel Yusri Maju Sdn Bhd
Diesel & Biodiesel

No comments:

Post a Comment