Saturday 15 October 2016

Kaedah Pengiraan Harga Hot Premix


Contoh penurapan jalan oleh kontraktor
Setiap projek penurapan jalan yang ingin dilakukan, terdapat beberapa formula mudah yang boleh diguna-pakai dalam pengiraan kos yang perlu apabila hot premix ingin dibeli daripada kuari. Antara formula yang digunakan adalah sepertimana berikut :

Langkah 1 : Pengiraan jumlah produk hot premix yang akan digunakan dalam unit tan
                    (Tebal x Panjang x Lebar x Ketumpatan Premix .... dalam unit meter)

Langkah 2 : Pengiraan kos premix 
                    ( Jumlah tan hot premix x Harga pasaran di kuari)
Sebagai contoh pengiraan : 
Sebuah jalan memerlukan penyenggaraan jalan dan memerlukan penurapan semula. Panjang dan lebar jalan adalah 2.4 km dan lebar 3.5 m. Pihak berkuasa majlis tempatan mengarahkan jalan tersebut diturap semula dengan ketebalan 0.15 m. Berapakah kos yang diperlukan untuk membeli hot premix tersebut daripada kuari berdekatan ?
Cara Pengiraan :
  • Keluasan jalan yang perlu diturap adalah 2,400 x 3.5 bersamaan 8,400 meter persegi.
  • Jumlah tan yang digunakan ialah 8,400 x 1.5 x 2.33 bersamaan 2,935.80 tan, sekiranya ketumpatan premix yang digunakan adalah 2.33 kg meter padu.
  • Kos yang diperlukan membeli hot premix dengan harga pasaran semasa RM180.00 per tan hot premix adalah sebanyak 2,935.80 x RM180.00 bersamaan RM528,444.00 untuk keluasan 8,400 meter persegi.
Jika RM528,444.00 untuk keluasan 8,400 meter persegi, maka harga bagi kos pembelian hot premix adalah sebanyak RM62.91 per meter persegi. 

Mudah ajer pengiraan sekiranya tahu formulanya. Pengiraan ini tidak lagi termasuk upah mengangkut produk hot premix ke tapak projek !!!

Anda mungkin meminati artikel ini :

11 comments:

  1. Terima kasih sgt bermanfaat. Harga ni termasuk labour ke.

    ReplyDelete
  2. Kerja milling premix utk resurface berapa /m2

    ReplyDelete
  3. Kalau nak buat jalan tar di halaman rumah,depan rumah, bonggol,jalan rosak hubungi sy 0162091861

    ReplyDelete
  4. Hanya terima kasih yang dapat diungkap diatas kesudian tuan berkongsi ilmu yang snagat berguna ini

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ini

    ReplyDelete
  6. Terima kasih berkongsi ilmu yang bermanfaat ini...

    ReplyDelete
  7. mcm mane nk tau ketumpatan ni bos

    ReplyDelete