Sunday 23 October 2016

Kerja - Kerja Pembentangan Premix oleh JKR Kuari Pusat Bukit Buloh


Kerja-kerja penurapan premix atau juga dikenali pembentangan premix selalunya dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak kerajaan atau kerajaan tempatan. Namun, ada kelainan di sini apabila pihak kerajaan sendiri iaitu JKR Kuari Pusat Bukit Buloh adalah satu-satunya masih melakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Syabas diucapkan kepada JKR Kuari Pusat Bukit Buloh kerana masih lagi mengekalkan aktiviti ini bagi tujuan pengekalan identiti sebagai Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Sekarang, semua kerja-kerja penurapan dan pembentangan jalan telah diswastakan dan diberi kepada kontraktor luar. Jika ada yang berminat untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan ini oleh pihak JKR sendiri, bolehlah berkunjung di sekitar negeri Kelantan bagi melihat sendiri hasil kerja yang dilakukan oleh JKR Kuari Pusat Bukit Buloh.



Dalam video di sana diterangkan secara ringkas bagaimana penurapan dan pembentangan premix dilakukan oleh pihak JKR Kuari Pusat Bukit Buloh. Penerangan proses kerja adalah sepertimana berikut :

Terdapat empat (4) langkah utama kerja-kerja penurapan iaitu penyiasatan di tapak, penyemburan tack coat, hamparan premix dan penggelekkan.

1. Penyiasatan Di Tapak Projek
Kerja-kerja siasatan di tapak projek dilakukan terlebih dahulu bagi mengukur kuantiti hot premix yang akan diguna serta kesesuaian rekabentuk produk hot premix yang akan digunakan.

2. Persediaan Semburan Bitumen
Jalan yang akan diturap akan dibersihkan dengan menggunakan power broom dan digerakkan dengan jentera backpusher. Sebarang kotoran boleh menjejaskan fungsi sebenar penyemburan tack coat. Semburan ini adalah sebagai fungsi pengikat antara dua lapisan asal dengan lapisan yang baru. Terdapat dua (2) jenis bitumen yang digunakan iaitu samada prime coat atau tack coat. Prime coat diguna untuk lapisan asas jalan iaitu road base manakala tack coat diguna untuk kerja-kerja membaru permukaan jalan. Dalam kes ini, tack coat jenis RS-1K diguna-pakai.

3. Kerja Hamparan Hot Premix
Jentera jenis road paver digunakan dan ketebalan minumun bagi hamparan hot premix adalah 40mm bagi wearing course dan 50mm bagi binder course. Jentera paver akan mendekati lori pengangkut hot premix bagi tujuan mengisi hot premix di dalam hooper premix. Suhu bagi kerja-kerja hamparan premix ialah 135 ~ 165 darjah Celcius dan diukur dengan menggunakan termometer khusus. Pengeluaran hot premix daripada JKR Kuari Bukit Buloh terdapat dua (2) jenis produk iaitu Asphaltic Wearing Course dan juga Binder Course. Kekemasan penurapan sentiasa dipantau oleh pekerja di tapak untuk pastikan hasil turapan terbaik. 

4. Proses Penggelekkan
Terdapat dua (2) jenis roller digunakan untuk kerja-kerja penggelekkan iaitu tandem roller dan trye roller. Tujuan penggelekkan adalah untuk memadat dan menyendat hamparan premix yang dihampar. Suhu hot premix pada masa ini adalah dalam lingkungan 90 ~ 120 darjah Celcius. Cara kerja penggelakkan mengikut sistem yang diamalkan oleh pihak JKR adalah sistem 2282 iaitu :
- 2 kali tandem roller pergi
- 2 kali tandem roller balik
- 8 kali tyre roller pergi balik
- 2 kali tandem roller pergi balik
Lokasi kerja-kerja penurapan ini dilakukan di Jalan Semerak Pasir Puteh Kelantan bertarikh Julai 2014.

Terima kasih kepada pihak pengurusan JKR Kuari Pusat Bukit Buloh Kelantan kerana sudi memberikan ilmu pengetahuan untuk perkongsian bersama. 

JASA KEPADA RAKYAT

Anda juga mungkin meminati artikel ini :




5 comments:

  1. Alhamdulillah terima kasih tuan atas info dan video yg bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Boleh ke kita gunakan rs3k as a prim coat??

    ReplyDelete
  3. rs3k hanya digunakan di atas road base untuk penyerapan

    ReplyDelete
  4. berapa ketebalan jalan raya malaysia

    ReplyDelete