Thursday 10 November 2016

Contoh Ucapan Pengacara Majlis (MC) bagi Majlis Makan Malam

Tips-tips untuk mengacara majlis sebagai MC (masters of ceremony) atau pengacara majlis.

  1. Cari informasi acara dan tentukan samada majlis diadakan secara formal atau tidak formal.
  2. Jaga penampilan diri sebagai MC kerana penampilan diri dapat mengelakkan pandangan negatif daripada penonton dalam acara tersebut.
  3. Jika anda berganding bahu dengan orang lain semasa mengendalikan acara, pastikan anda kenal pasangan anda dan berkerjasama.
  4. Senaman muka - dilakukan bagi mengelakkan kepayahan dalam menyebut perkataan / mengelakkan salah dalam sebutan.
  5. Latihan hendaklah dilakukan dan seelok-eloknya dilakukan dalam sebutan baku bagi acara formal. Sekiranya tidak formal, bolehlah diselit-selikan dengan sebutan bukan baku.
  6. Point-point ucapan hendaklah dicatit di atas nota atau skrip ucapan bagi elakkan kesilapan. Pastikan anda tahu siapa yang hadir terutamanya VVIP dalam majlis tersebut.
  7. Have fun di dalam majlis tersebut untuk elakkan tekanan semasa mengacarakan majlis.

Berikut adalah contoh ucapan Pengerusi Majlis bagi acara majlis makan malam untuk dikongsi dan dijadikan panduan bersama-sama.  

Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016
Raja Dagang Resort Cherang Ruku Tok Bali 12 November 2016

PERKARA
TEKS UCAPAN
CATATAN
Awal Majlis
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput semua hadirin sekalian  mengambil tempat duduk masing-masing untuk menunggu ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-dif terhormat.

Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bersama keluarga dan dif-dif terhormat, para hadirin dijemput berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan beliau, top management company dan dif-dif jemputan.

UCAPAN PEMBUKAAN

Selamat malam dan salam sejahtera. Izinkan saya berpantun bagi memulakan majlis makan malam pada malam ini.

Bunga melati tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.




Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah  Kasih Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016 di Raja Dagang Resort, Cherang Ruku Tok Bali pada malam ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan serta dif dif terhormat.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En. Muhammad Yusri, ahli keluarga beliau dan dif-dif jemputan kerana sudi meluangkan masa pada malam ini di dalam majlis yang tidak seberapa ini.



Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Gathering Day of Yusri Maju Group ini merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan oleh pihak pengurusan syarikat dan kakitangan untuk menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan silalturahim antara top management dan kakitangan syarikat.

Garam ada, kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada, ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput bakal juara Imam Muda Musim Ke-10, Encik Hisamuddin memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Imam Muda Hisamuddin di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH CEO YMSB

Hadirin yang dihormati,

Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bin Muhammad Nor naik ke pentas untuk memberi sepatah dua kata sebagai kata-kata semangat kepada semua kakitangan syarikat sebelum perasmian majlis makan malam pada malam ini.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

ACARA PERASMIAN MAJLIS

Seterusnya, Majlis menjemput En Saupi, merangkap sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat  untuk mengiringi En Muhammad Yusri naik ke atas pentas untuk menyempurnakan acara perasmian majlis makan malam.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Yusri di atas kesudian merasmikan majlis makan malam.





PENYAMPAIAN  ANUGERAH
Majlis diteruskan dengan acara pengumuman anugerah-anugerah khas bagi tahun 2016, bertujuan untuk memberi semangat dan penghargaan kepada kakitangan yang memberi sumbangan kepada syarikat. Terdapat 8 anugerah yang disediakan pada kali ini dan anugerah-anugerah tersebut ialah:

1.    Anugerah Perkhidmatan Paling Lama
2.    Anugerah Khas CEO 2016
3.    Anugerah Perhargaan Bussines Assioate dan Director
4.    Anugerah Pekerja Cemerlang 2016
5.    Anugerah Operator Terbaik
6.    Anugerah Operator Muda Berbakat
7.    Anugerah Pekerja Serba Boleh
8.    Tokoh Yusri Maju 2016

Tanpa dilengahkan masa lagi, acara diteruskan dengan acara pengumuman bagi kategori anugerah – anugerah yang dinyatakan sebentar tadi.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah orang siapa yang tahu…

Dipersilakan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En. Muhammad Yusri  diiringi En. Mohd Saupi naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah bagi anugerah-anugerah tersebut. Dipersilakan.....

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Muhammad Yusri dan En. Saupi diatas kesudian menyampaikan hadiah.


Pada minggu yang lalu, kita ada mengadakan acara sukan di Kompleks Belia dan Sukan Panji Kota Bharu. Pada hari tersebut, terdapat beberapa kategori suka dipertandingkan telah diadakan.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah Hari Sukan kepada para pemenang. Dipersilakan En. Sukri bin Muhammad diiringi En. Wan Khairul naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah Hari Sukan.

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Sukri dan En. Wan Khairul diatas kesudian menyampaikan hadiah.


BERSURAI
Dengan berakhirnya acara penyampaian anugerah dan hadiah hari sukan itu tadi, maka berakhirlah tugas saya sebagai MC pada kali ini, tahun depan pastikan orang lain pula bertugas nanti.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan majlis penyampaian anugerah dan hadiah itu tadi.   Sebelum kita menjamu selera, dengarkanlah dua rangkap pantun daripada saya,
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.

Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan belum kami nak ucapkan.
Silalah menjamu selera hidangan sedang menunggu.

Dijemput para hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan di luar dewan. Di samping itu, majlis diteruskan dengan aktiviti persembahan dan pertandingan karaoke serta cabutan bertuah. Saya serahkan acara majlis seterusnya kepada En Arman dan Cik Wahida. Dipersilakan.....




22 comments:

  1. hello assalamualaikum,saya minta izin untuk guna ni sbagai contoh ye.terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan...Nama saya Liyana...

    Saya mohon kebenaran utk menggunakan contoh ini ye... Terima kasih...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, saya mohon izin guna teks ini untuk majlis sekolah saya ye

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Mohon izin guna teks ini ye. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, mohon menggunakan contoh isi ucapan ini, terima kasih

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, minta izin menggunakan teks ini ya?

    ReplyDelete
  7. Hello! Mohon izin untuk gunakan serpihan serpihan kata kata ni untuk majlis Ifar

    ReplyDelete
  8. Hello! Mohon izin untuk gunakan sedikit kata kata ni untuk majlis perasmian bengkel saya ya. terima kasih tuan

    ReplyDelete
  9. hai, minta izin menggunakan contoh sebahagian kata kata dalam teks ini.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Saya minta izin menggunakan contoh teks ucapan ini. Jazakallah

    ReplyDelete
  11. Selamat pagi,minta izin menggunakan sedikit sedikit contoh teks ucapan ini.terima kasih tuan

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum, saya mohon izin menggunakan contoh teks di atas ya tuan/puan. terima kasih

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Saya mohon izin menggunakan contoh teks ucapan ini. Jazakallah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum izin pinjam contoh first tmme nak jadi mc ni hehee

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum mohon izin untuk gunakan teks ini, terimakasih

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum Tuan. Mohon izin untuk menggunakan teks ucapan sebagai rujukan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. mohon izin untuk gunakan teks ini ya. terima kasih

    ReplyDelete
  18. mohon izin menggunakan teks ini.tk

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum. saya minta izin guna contoh teks ini ya. Terima kasih

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum, minta izin guna teks ini..Terima kasih

    ReplyDelete
  21. mohon izin gunakan teks ini . Terima kasih

    ReplyDelete
  22. mohon izin guna sebahagian teks ya tuan

    ReplyDelete