Thursday 13 October 2016

Tulisan-tulisan Jepun

日本の字がご紹介しましょう ^_^
Mari Mengenal Tulisan Jepun

Tulisan Jepun boleh dibahagikan kepada tiga (3) bahagian utama iaitu hiragana (ひらがな), katakana (カタカナ) dan kanji (漢字).  Ketiga-tiga tulisan ini digunakan serentak dalam setiap penulisan seharian masyarakat Jepun mengikut makna dan perkataan yang diguna. 

 

Hiragana adalah tulisan paling asas bahasa Jepun. Diikuti dengan tulisan katanana yang mana diguna apabila melibatkan perkataan pinjaman daripada bahasa asing. Manakala kanji merupakan tulisan karakter Cina yang menjadi punca asal usul terbitnya tulisan hiragana dan katakana.

Contoh perkataan dan ayat  :
Saya suka makan spaghetti di Itali.
イタリアでスパゲッティの食べる事が好きです。
Itaria de supagetti no taberukoto ga suki desu.
  • イタリア - tulisan katakana
  • で、の、です - tulisan hiragana
  • 食、事、好 - tulisan kanji
Masyarakat Jepun perlu menguasai ketiga-tiga bentuk tulisan ini bagi membolehkan penguasaan dalam penulisan bahasa Jepun termasuklah pada mana-mana warga asing yang ingin belajar bahasa Jepun. Apa yang menarik tentang tulisan kanji ialah walaupun bunyi berlainan namun makna dan maksudnya sama dan hampir sama dengan bahasa Cina. 

Berikut adalah antara kosa- kosa kata huruf Jepun :
RUMI / HIRAGANA / KATAKANA
a i u e o / あ い う え を / ア イ ウ エ ヲ
ka ki ku ke ko / か き く け こ / カ キ ク ケ コ
ma mi mu me mo / ま み む め も / マ ミ ム メ モ
na ni nu ne no / な に ぬ ね の / ナ ニ ヌ ネ ノ
ta chi tsu te to / た ち つ て と / タ チ ツ テ ト
ra ri ru re ro / ら り る れ ろ / ラ リ ル レ ロ

Contoh perkataan lain ialah sepertimana berikut :
  • Saya - 私 「watashi」
  • Makan - 食べる「taberu」
  • Jepun - 日本 「Nihon」
  • Malaysia - マレーシア「Mare-shia」
  • Doraemon - ドラエモン
  • Nobita - 伸太
  • Komik - マンガ 「mangga」
  • Kolam air panas - 温泉「onsen」
Dengan kepelbagaian dalam sistem penulisan dalam bahasa Jepun ini, tulisan Jepun adalah satu yang unik kerana terdapat tiga (3) bentuk yang berbeza tetapi sebutan yang sama. Dalam kata lain, penghafalan kosa kata tulisan ini amatlah penting bagi menpelajari bahasa Jepun. 

Selamat belajar dan berusaha !!!
お勉強の事は頑張りましょうね❗️
O benkyou no koto wa ganbarimashou ne !!!

No comments:

Post a Comment