Monday, 24 October 2016

Fitnah Di Dalam Alam Maya Media Sosial

Gejala fitnah makin menular di dalam alam maya media sosial seperti di Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Fitnah ini merangkumi pelbagai perkara melibatkan diri personaliti manusia, politik, jabatan dan agensi kerajaan serta keji-kejian terhadap budaya dan bangsa tertentu. Sebagai contoh terbaru adalah tentang isu penganiayaan anak yatim, mangsa kemalangan Lebuhraya DUKE, yang mana tuduh menuduh berlaku antara satu sama lain dan menjadi viral di media sosial Facebook.


Ramai netizen mula menuduh pihak tertentu dan melomparkan kata-kata kesat di dalam media massa. Dalam undang-undang sivil sekalipun, selagi tiada bukti terhadap Orang Kena Tuduh (OKT), individu tersebut belum lagi dapat disabitkan kesalahannya. Adakah semua netizen mengetahui cerita dan berita sebenar ? Hanya meluahkan perasaan mengikut nafsu semata-mata. Ingatlah wahai netizen di media sosial, jangan mudah sangat menpercayai cerita dan berita di dalam media sosial ini kerana anda sebenarnya hanya menyemarakkan api kebencian antara satu sama lain. Jika tidak tahu cerita sebenar, berdiam diri atau berilah komen yang membina. Bukannya membinasakan diri mangsa dan diri anda sendiri.

Di dalam mencari fakta dan kebenaran, perlulah bijak netizen meneliti setiap berita dan cerita yang terpapar di media sosial. Hanya diri kamu sahaja dilantik sebagai anggota Lembaga Penapisan Filem di dalam diri sendiri. Jika inginkan khabar buruk, maka diri sendiri akan mengundang khabar buruk di dalam jiwa peribadi diri. Jika berkehendak akan kebaikan, maka anda sendirilah menyuburkan benih-benih keharmonian dan untung baik nasib dalam diri sendiri.

Dalam diri manusia ini ada dua pengertian iaitu, "yang mencari" dan "yang dicari". Yang mencari itu hanya mengenal bayang-bayang sahaja tanpa mengetahui siapa empunya bayang-bayang tersebut. Yang dicari adalah manusia mengenal erti dan hakikat sebenar dimana letaknya tauhid wujudnya bayangan tersebut. Kenali diri sendiri akan mencetus pengenalan peribadi diri anda nanti.

Di dalam media sosial juga sering kali kelihatan luahan tentang permasalahan rumah tangga. Diceritakan di dalam Facebook atau Twitter mengenai salah laku pasangan masing-masing. Harap-harap pasangan dapat mesej kemarahan tersebut dan disimpati oleh orang ramai. Wah! Mudah sangat menempah tiket percuma ke neraka. Menceritakan keaiban di dalam rumah tangga di media sosial adalah sesuatu yang menjengkelkan dan dilarang sama sekali dalam syariat agama. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Perlu diketahui bahawa seorang isteri tidak boleh menceritakan aib suaminya meskipun kepada keluarganya kerana sepatutnya ia menjaga keharmonian dan keamanan serta ketertiban rumah tangga seperti yang digambarkan dalam firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “..maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada..”

Para netizen semua, jagalah etika berinternet dan bersosial di dalam Facebook, Twitter dan sebagainya kerana hanya menyebabkan kemarahan daripada orang ramai. LIKE, SHARING atau KOMEN di dalam media sosial tanpa berfikir panjang lebih banyak mengundang dosa ke atas diri. 
RasuIullah SAW pernah bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
Jika anda tidak mampu menghadapi cabaran akhir zaman ini, tutuplah akaun Facebook ataupun Twitter daripada ianya menjadi tempat karungan "beg mengumpul dosa". Bukannya silap pada aplikasi media sosial Facebook atau Twitter tapi yang menjadi kesilapan besar adalah daripada anda sendiri kerana kurang bijak atau jahil dalam bermain permainan ini. Dosa antara manusia dengan Tuhan amat mudah untuk dipohon keampunan, tetapi dosa antara manusia dan manusia amat susah sekali untuk diselesaikan di atas dunia fana ini. 

Selamat mencetus fikir semua....

Kg Tunjong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu

Okt 24, 2016 Jalan Kuala Krai - Kota Bharu

Kampung Tunjong, tiada apa yang istimewa tentang kawasan ini. Merupakan kawasan pinggir bandar Kota Bharu yang dikelilingi oleh sawah-sawah padi dan terbiar. Namun, kerancakan pembangunan dari hari ke hari mula dirasai di kawasan ini. Sawah-sawah padi mula ditinggalkan dan diganti dengan penambakan tanah bagi tujuan pembangunan dan sub-bandar bagi Kota Bharu sendiri.


Video di atas menunjukan keadaan pada masa tersebut. Pada masa ini, video ini tiada apa-apa pengertian dan nilai tetapi apabila pembangunan merubah keadaan tempat ini, video ini akan menceritakan semula keadaan asal tempat ini nanti. Jalan ini merupakan Jalan Kuala Krai - Kota Bharu yang merupakan jalan utama dan nadi kepada negeri Kelantan. Waktu video ini diambil pada jam 11.30 pagi, keadaan jalan tidaklah sesibuk mana pun. Tetapi, jalan ini akan mencapai kemuncak kesibukan trafik bermula awal pagi, tengah hari dan waktu petang serta pada musim perayaan.

Kiri : Jalan menghala ke Kuala Krai  Kanan : Jalan menghala ke Kota Bharu

Berdekatan dengan jalan ini sedang rancak pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai. Dijangka akan siap pada penghujung tahun 2016, jalan ini tidak lagi akan sibuk seperti biasa kerana adanya jalan alternatif menggunakan lebuhraya nanti. Samada, lebuhraya itu bertol atau tidak belum diketahui statusnya.

Kiri : Parkir kedai makan kolam ikan     Kanan : Pintu gerbang Majlis Daerah Keterah
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Zaman makin lama makin berubah. Masa tidak akan berhenti dan terus meninggalkan kita dari hari ke hari. Maka, jadikan lah hari ini lebih baik daripada semalam. Itu lah kelebihan yang ada pada kita dalam menentukan hala tuju kehidupan. Tiada sesiapa yang dapat merubah diri sendiri kecuali kita sendiri yang mentafsirkannya samada inginkan kepada lebih baik atau menjerumus ke dalam kesesatan yang nyata.

Salam Musafir Papa



Yusri Maju Group Profile

Siapakah Yusri Maju Sdn Bhd ? Masih ramai yang tertanya-tanya tentang syarikat ini yang mana merupakan syarikat yang tersohor pada masa kini di seluruh negeri Kelantan dan meningkat nama di arena sektor pembinaan dan perkhidmatan di pelusuk Malaysia. Berikut diterangkan serba sedikit tentang syarikat ini.
Pejabat Operasi YMSB di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, Kg Tunjong
Yusri Maju Sdn Bhd (YMSB), sebuah syarikat 100% bumiputera memulakan kerja-kerja sebagai kontraktor awam (general work contractor) pada tahun 2008. Bermula daripada tahun ke tahun, YMSB telah melakukan pelbagai projek di bawah tender kerajaan serta swasta yang meliputi kepelbagaian bidang, pengalaman serta teknologi terutamanya dalam bidang kejuruteraan awam.

Kini, YMSB mengambil peranan penting sebagai peneraju utama kontraktor di sektor pembinaan dan penyenggaraan jalan dan kerja-kerja awam yang lain di Malaysia secara umumnya dan di Kelantan secara khususnya. YMSB juga merupakan salah sebuah syarikat pembekal bitumen seluruh Malaysia dan pembekal utama dalam penyewaan aset jentera bergeraknya kepada Propel, PLUS, JKR, Roadcare, kuari dan kontraktor-kontraktor kecil.

Dalam meningkatkan usaha syarikat ke peringkat global, YMSB telah mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualiti kerja dan dianugerahkan dengan Quality Management System ISO 9001 : 2008 yang diiktiraf oleh SIRIM. YMSB juga dianugerahkan dengan G7 Contract License daripada pihak CIDB.


MAKLUMAT & INFO SYARIKAT

Nama Syarikat
YUSRI MAJU SDN. BHD.
No. Pendaftaran
803631 – D
Tarikh Diperbadankan
21hb Januari 2008
Status
Bumiputera
Alamat
Ibu Pejabat :
Lot 387-A Kg. Tunjong,
Jalan Kuala Krai,
16010 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Cawangan :
43-1 Jalan Nautika
B U20/B,
Pusat Komersil TSB
Sungai Buloh,
Seksyen 20,
40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Telefon
+609-712 5026
+609-712 4088
+603-615 15567
Faks
+609-712 4026
+603-615 14655
Website
E-mail
ymgroup@yusrimaju.com.my

Kekuatan Tenaga

Pekerja seramai 222 orang (kemaskini sehingga Okt 2016)

Aktiviti Utama
Berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan sivil iaitu kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan, kerja-kerja road line, penambakan dan benteng laut, pembinaan bangunan dan juga operasi kuari. Kami juga membekalkan bitumen & diesel seluruh Malaysia.

Lain-lain perkhidmatan ialah penyewaan jentera-jentera berat seperti excavator, backhoe, milling machine, tandem & tyre roller, paver serta sebagai wakil agen insurance bagi Zurich & Tokio Marine.

Misi Syarikat 
"Kami ingin dikenali sebagai sebuah syarikat pembinaan BUMIPUTRA yang profesional, bertanggungjawab, berdedikasi, dan komited dalam menyumbangkan kepakaran dan pengalaman kami demi kemajuan negara.  Kami berazam untuk mencapai misi ini dengan memenuhi harapan dan kehendak para pelanggan kami dari segi mutu pembinaan, kos dan jangkamasa siap.  Menyedari bahawa kunci kejayaan kami terletak di bahu tenaga kerja, kami komited untuk memenuhi kepuasan kerjaya mereka dengan menyediakan imbuhan dan suasana kerja yang baik."
Kekuatan utama YMSB adalah pada pemilikan jenteranya yang meliputi kesemua bidang - bidang utama dalam sektor pembinaan. Antara jentera-jentera milik syarikat ini ialah :

Jentera - jentera milik YMSB
Maka tidak hairanlah bagaimana YMSB dapat mencipta nama dengan cepat dan pantas dalam bidang ini terutamanya bagi syarikat 100% Bumiputera apabila dapat menyiapkan projek pembinaan dengan cepat kerana lengkapnya kemudahan jentera miliknya. 
Setor diesel bagi jualan diesel industri
Selain daripada kelebihan jentera-jentera milik syarikat, YMSB juga memiliki sebuah setor diesel bagi kegunaan industri. Peranan utama dalam membekalkan diesel secara runcit dan kredit kepada pelanggan-pelanggannya sekitar negeri Kelantan amatlah menyerlah dan dikagumi. Rujukan projek - projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah :
  • Cadangan Pembinaan Laluan Keluar Masuk Lebuhraya Utara Selatan di Kampung Serai, Rawang.
  • Cadangan Pembaikian dan Penyenggaraan Jambatan Sg Kemasin / Pengkalan Baru Bachok Kelantan.
  • Membekal, Menghantar dan Menghampar Asphaltic Concrete Wearing Course Bagi Jalan Selising - Kok Lanas Kelantan.
  • Membekal dan Memasang Guard Rails Bagi Jalan Kubang Kerian - Sabak Kelantan.
  • Penyenggaraan Jalan Di Route 185 Jalan Batu Karang, Pasir Mas Kelantan.
Bengkel YMSB di Kedai Mulong
Kemudahan Bengkel
Apa yang menarik tentang YMSB adalah syarikat ini menpunyai kemudahan bengkelnya tersendiri. Kesemua jentera dan kenderaan syarikat akan diselenggara dan dibaiki di bahagian Bengkel. Dengan kepakaran foremen yang ada di sini, jentera dan kenderaan milik syarikat sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan kerja-kerja di tapak projek tidak akan tergendala kerana foremen sentiasa berada dalam keadaan stand-by untuk kerja kecemasan.

Teruskan usaha dalam mencapai bintang-bintang di langit. 
Insya-Allah, dengan segala daripada izin-Nya jua.

Sunday, 23 October 2016

Kerja - Kerja Pembentangan Premix oleh JKR Kuari Pusat Bukit Buloh


Kerja-kerja penurapan premix atau juga dikenali pembentangan premix selalunya dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak kerajaan atau kerajaan tempatan. Namun, ada kelainan di sini apabila pihak kerajaan sendiri iaitu JKR Kuari Pusat Bukit Buloh adalah satu-satunya masih melakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Syabas diucapkan kepada JKR Kuari Pusat Bukit Buloh kerana masih lagi mengekalkan aktiviti ini bagi tujuan pengekalan identiti sebagai Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Sekarang, semua kerja-kerja penurapan dan pembentangan jalan telah diswastakan dan diberi kepada kontraktor luar. Jika ada yang berminat untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan ini oleh pihak JKR sendiri, bolehlah berkunjung di sekitar negeri Kelantan bagi melihat sendiri hasil kerja yang dilakukan oleh JKR Kuari Pusat Bukit Buloh.



Dalam video di sana diterangkan secara ringkas bagaimana penurapan dan pembentangan premix dilakukan oleh pihak JKR Kuari Pusat Bukit Buloh. Penerangan proses kerja adalah sepertimana berikut :

Terdapat empat (4) langkah utama kerja-kerja penurapan iaitu penyiasatan di tapak, penyemburan tack coat, hamparan premix dan penggelekkan.

1. Penyiasatan Di Tapak Projek
Kerja-kerja siasatan di tapak projek dilakukan terlebih dahulu bagi mengukur kuantiti hot premix yang akan diguna serta kesesuaian rekabentuk produk hot premix yang akan digunakan.

2. Persediaan Semburan Bitumen
Jalan yang akan diturap akan dibersihkan dengan menggunakan power broom dan digerakkan dengan jentera backpusher. Sebarang kotoran boleh menjejaskan fungsi sebenar penyemburan tack coat. Semburan ini adalah sebagai fungsi pengikat antara dua lapisan asal dengan lapisan yang baru. Terdapat dua (2) jenis bitumen yang digunakan iaitu samada prime coat atau tack coat. Prime coat diguna untuk lapisan asas jalan iaitu road base manakala tack coat diguna untuk kerja-kerja membaru permukaan jalan. Dalam kes ini, tack coat jenis RS-1K diguna-pakai.

3. Kerja Hamparan Hot Premix
Jentera jenis road paver digunakan dan ketebalan minumun bagi hamparan hot premix adalah 40mm bagi wearing course dan 50mm bagi binder course. Jentera paver akan mendekati lori pengangkut hot premix bagi tujuan mengisi hot premix di dalam hooper premix. Suhu bagi kerja-kerja hamparan premix ialah 135 ~ 165 darjah Celcius dan diukur dengan menggunakan termometer khusus. Pengeluaran hot premix daripada JKR Kuari Bukit Buloh terdapat dua (2) jenis produk iaitu Asphaltic Wearing Course dan juga Binder Course. Kekemasan penurapan sentiasa dipantau oleh pekerja di tapak untuk pastikan hasil turapan terbaik. 

4. Proses Penggelekkan
Terdapat dua (2) jenis roller digunakan untuk kerja-kerja penggelekkan iaitu tandem roller dan trye roller. Tujuan penggelekkan adalah untuk memadat dan menyendat hamparan premix yang dihampar. Suhu hot premix pada masa ini adalah dalam lingkungan 90 ~ 120 darjah Celcius. Cara kerja penggelakkan mengikut sistem yang diamalkan oleh pihak JKR adalah sistem 2282 iaitu :
- 2 kali tandem roller pergi
- 2 kali tandem roller balik
- 8 kali tyre roller pergi balik
- 2 kali tandem roller pergi balik
Lokasi kerja-kerja penurapan ini dilakukan di Jalan Semerak Pasir Puteh Kelantan bertarikh Julai 2014.

Terima kasih kepada pihak pengurusan JKR Kuari Pusat Bukit Buloh Kelantan kerana sudi memberikan ilmu pengetahuan untuk perkongsian bersama. 

JASA KEPADA RAKYAT

Anda juga mungkin meminati artikel ini :




Saturday, 22 October 2016

Perbezaan Antara Bos dan Pemimpin

Perkataan BOS dan PEMIMPIN adalah sesuatu yang berbeza dari segi maksud dan pengertiannya. Seseorang boleh menjadi bos tetapi tidak semestinya menjadi pemimpin. Bos adalah seorang yang dinamakan bos anda, sesuatu yang mengerunkan dan berada di kedudukan yang tinggi daripada anda. Tetapi pemimpin adalah seorang penyelia dan rakan sekerja anda yang mampu memberi panduan dan cara perlaksanaan kerja dengan lebih baik dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah. Bukan hanya mengarah dan memberi arahan semata-mata tetapi mampu kerja bersama-sama.


Terdapat kata-kata hikmah mengatakan, "Don't say like a boss !!!". Kedengaran aneh dan melucukan tetapi ianya memang sesuatu yang menjengkelkan apabila pekerja menganggap ketuanya sebagai bos, bukannya pemimpin. Apabila pekerja bawahan kita menganggap kita sebagai bos, sudah pasti pekerja hanya takutkan kepada sifat bernama bos bukannya menghormati kita sebagai seorang pemimpin.

Matlamat bos adalah untuk mencapai matlamat yang diinginkan semata-mata terutamanya dalam mengejar nama, pangkat dan kedudukan di mata masyarakat. Manakala seorang pemimpin, bukan sahaja dapat mencapai matlamat yang dinginkan, mereka juga memberi kekuatan dan motivasi kepada pasukan mereka. Pemimpin sebenar membuat perkara yang lebih baik dan mereka tidak hanya menunjukkan apa yang salah dilakukan oleh pekerja bawahannya. 

Pemimpin sama-sama berganding bahu dan bekerjasama dengan pekerja bawahannya bagi sama-sama mencapai matlamat dan kejayaan. Bos hanya "tempat tumpuan" pekerja tetapi bagi pemimpin, ianya akan sentiasa turut serta dan memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada pekerja di sekelilingnya.

Seorang bos boleh memimpin samada ke arah kebaikan atau menjadi lebih buruk. Tetapi seorang pemimpin akan sentiasa menjadi bos yang terbaik di kalangan pekerjanya. Bos sentiasa memberi kerja dan arahan kepada pekerjanya tetapi pemimpin sentiasa bekerja bersama-sama dengan pekerjanya. Jika seorang yang bernama bos, semua usaha itu akan dinamakan di atas namanya seorang tetapi bagi pemimpin, kejayaan itu adalah kejayaan bersama-sama.

Pekerja mungkin takut dan gerun kepada seorang bernama BOS tetapi sesekali tidak akan disayangi seperti seorang PEMIMPIN.


SIFAT BERNAMA BOS
SIFAT BERNAMA PEMIMPIN
Bersifat peribadi
Bersifat Penyayang
Suka puji diri sendiri
Suka puji orang ramai
Menggunakan orang
Membina orang
Membina ketakutan
Membina kehormatan
Mengambil kesempatan
Memberi peluang
Mewakili diri sendiri
Mewakili kumpulan
Beri arahan semata-mata
Bersama-sama laksana arahan
Berfikiran jangka masa pendek
Berfikiran jangka masa panjang
Fokus kepada proses
Fokus kepada pekerja
" Bab kata Kak Bedah, jiran sebelah ;
Jangan pernah menyesal kerana mengenal orang lain dalam kehidupanmu kerana, Orang yang baik akan memberimu kebahagian.
Orang yang buruk akan memberimu pengalaman.
Orang yang jahat akan memberimu pelajaran.
"
Dan ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Abdul-Aziz rahimahullah berkata, "Masyarakat umum bisa rosak binasa karena penerangan (ulah) orang-orang (kalangan) khusus (para pemimpin). Sementara kalangan khusus tidaklah binasa karena penerangan (ulah) masyarakat. Kalangan khusus itu adalah para pemimpin."

Semoga semua mendapat panduan dan pedoman. 
Selamat beramal.