Saturday 22 October 2016

Perbezaan Antara Bos dan Pemimpin

Perkataan BOS dan PEMIMPIN adalah sesuatu yang berbeza dari segi maksud dan pengertiannya. Seseorang boleh menjadi bos tetapi tidak semestinya menjadi pemimpin. Bos adalah seorang yang dinamakan bos anda, sesuatu yang mengerunkan dan berada di kedudukan yang tinggi daripada anda. Tetapi pemimpin adalah seorang penyelia dan rakan sekerja anda yang mampu memberi panduan dan cara perlaksanaan kerja dengan lebih baik dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah. Bukan hanya mengarah dan memberi arahan semata-mata tetapi mampu kerja bersama-sama.


Terdapat kata-kata hikmah mengatakan, "Don't say like a boss !!!". Kedengaran aneh dan melucukan tetapi ianya memang sesuatu yang menjengkelkan apabila pekerja menganggap ketuanya sebagai bos, bukannya pemimpin. Apabila pekerja bawahan kita menganggap kita sebagai bos, sudah pasti pekerja hanya takutkan kepada sifat bernama bos bukannya menghormati kita sebagai seorang pemimpin.

Matlamat bos adalah untuk mencapai matlamat yang diinginkan semata-mata terutamanya dalam mengejar nama, pangkat dan kedudukan di mata masyarakat. Manakala seorang pemimpin, bukan sahaja dapat mencapai matlamat yang dinginkan, mereka juga memberi kekuatan dan motivasi kepada pasukan mereka. Pemimpin sebenar membuat perkara yang lebih baik dan mereka tidak hanya menunjukkan apa yang salah dilakukan oleh pekerja bawahannya. 

Pemimpin sama-sama berganding bahu dan bekerjasama dengan pekerja bawahannya bagi sama-sama mencapai matlamat dan kejayaan. Bos hanya "tempat tumpuan" pekerja tetapi bagi pemimpin, ianya akan sentiasa turut serta dan memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada pekerja di sekelilingnya.

Seorang bos boleh memimpin samada ke arah kebaikan atau menjadi lebih buruk. Tetapi seorang pemimpin akan sentiasa menjadi bos yang terbaik di kalangan pekerjanya. Bos sentiasa memberi kerja dan arahan kepada pekerjanya tetapi pemimpin sentiasa bekerja bersama-sama dengan pekerjanya. Jika seorang yang bernama bos, semua usaha itu akan dinamakan di atas namanya seorang tetapi bagi pemimpin, kejayaan itu adalah kejayaan bersama-sama.

Pekerja mungkin takut dan gerun kepada seorang bernama BOS tetapi sesekali tidak akan disayangi seperti seorang PEMIMPIN.


SIFAT BERNAMA BOS
SIFAT BERNAMA PEMIMPIN
Bersifat peribadi
Bersifat Penyayang
Suka puji diri sendiri
Suka puji orang ramai
Menggunakan orang
Membina orang
Membina ketakutan
Membina kehormatan
Mengambil kesempatan
Memberi peluang
Mewakili diri sendiri
Mewakili kumpulan
Beri arahan semata-mata
Bersama-sama laksana arahan
Berfikiran jangka masa pendek
Berfikiran jangka masa panjang
Fokus kepada proses
Fokus kepada pekerja
" Bab kata Kak Bedah, jiran sebelah ;
Jangan pernah menyesal kerana mengenal orang lain dalam kehidupanmu kerana, Orang yang baik akan memberimu kebahagian.
Orang yang buruk akan memberimu pengalaman.
Orang yang jahat akan memberimu pelajaran.
"
Dan ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Abdul-Aziz rahimahullah berkata, "Masyarakat umum bisa rosak binasa karena penerangan (ulah) orang-orang (kalangan) khusus (para pemimpin). Sementara kalangan khusus tidaklah binasa karena penerangan (ulah) masyarakat. Kalangan khusus itu adalah para pemimpin."

Semoga semua mendapat panduan dan pedoman. 
Selamat beramal. 

No comments:

Post a Comment