Thursday, 13 October 2016

Apa Itu Loji Asphalt - Batch & Continuous Plant

Loji asphalt adalah loji pembuatan asphalt dan kadang-kadang dikenali sebagai tar atau hot premix. Pembuatan asphalt memerlukan gabungan beberapa bahan seperti aggregate dan filler dalam kadar yang tertentu mengikut rekabentuk asphalt yang diinginkan. Kemudiannya  dipanaskan dan akhirnya dicampur dengan agen pengikat iaitu bitumen. Suhu produk siap mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dihamparkan. Spesifikasi  suhu yang ditetapkan mestilah dalam lingkungan 130 ~ 160 darjah Celsius. Terdapat dua (2) jenis loji ashpalt yang terdapat dalam pasaran dan diguna-pakai di kuari -  kuari.

A. Batch Plant

Aggregate → Panas  Saringan  Timbangan  Bitumen  Gaul  Produk Hot Premix
Batch plant beroperasi dengan memanaskan aggregate (batu saringan) disalurkan daripada grading bunker atau cold feed bin di dalam dryer. Aggregate yang dipanaskan dan mencapai suhu yang ditetapkan iaitu antara 170-190 darjah celcius akan ditapis dan dimasukkan ke dalam empat (4) hot bin mengikut saiz aggregate. Kemudian aggregate ini akan ditimbang dan dimasukkan kedalam pugmill mixing untuk digaul dan dicampur dengan bitumen. Campuran yang terhasil ini dikenali sebagai asphalt atau hot premix dan dikeluarkan secara terus ke dalam lori penghantaran atau disimpan di dalam silo iaitu sebuah tangki simpanan. 


Rajah 1 -  Batch Plant 

B. Continuous Asphalt Plant

Aggregate  Timbangan  Panas   Bitumen  Gaul  Produk Hot Premix
Continuous asphalt plant beroperasi dengan menghasilkan asphalt secara berterusan. Sebelum itu, aggregate yang digunakan untuk menghasilkan asphalt akan ditimbang dan disukat di cold feed bin dan kemudiannya disalurkan kedalam dryer untuk dipanaskan dan di campurkan dengan bitumen. Sistem ini sangat ringkas kerana tiadanya mixing tower akan menyebabkan kos penyenggaraan yang sangat minimum. Namun, ketiadaan skrin menyebabkan kawalan pencampuran aggregate perlu dibuat dengan tepat untuk memastikan kualiti produk yang dikeluarkan sentiasa terjaga sebelum dimasukkan ke dalam dryer.

Rajah 1 -  Continuous Plant
(Ihsan daripada kitairu.net)

Kualiti produk yang dikeluarkan daripada batch plant lebih terjamin dan stabil berbanding dengan continuous plant meskipun kos penyenggaraan yang tinggi.


No comments:

Post a Comment