Kaedah Sistem Pertukaran Tempat Kerja, Satu Tekanan ?
Gambar Hiasan |
Inilah yang menjadi dilemma atau taboo kepada penjawat awam. Pertukaran ini dilakukan atas dasar samada kenaikan pangkat, proses wajib bertukar ataupun atas sebab-sebab disiplin. Dalam perkara melibatkan disiplin, kita ketepikan dalam perbincangan ini. Hal yang ingin dibincangkan ialah adakah kewajaran proses pertukaran ini dilakukan dalam semua disiplin dan skim, serta mengikut mekanisme yang betul dan bersesuaian ?
Ada sebahagian Jabatan Kerajaan mewajibkan bertukar tempat kerja dalam jangka masa tertentu antara tempoh 3 atau 4 tahun sekali. Perlunya satu mekanisme baru dan kajian menyeluruh dilakukan samada wajar atau tidak. Manakah tidaknya apabila penjawat awam terpaksa mengorbankan keluarga kerana tugas yang diamanahkan. Inilah dimaksudkan dengan "di telan mati emak,diluah mati bapak". Tak ikut arahan, kata melanggar arahan Jabatan. Ikut arahan Jabatan, dikatakan tidak hiraukan keluarga tersayang.
Kesannya pada penjawat awam meliputi dari segi psikologi, jiwa dan aspek kewangan penjawat itu sendiri sepertimana contoh di bawah ini :
- Produktiviti penjawat awam merosot kerana terpisah jauh daripada keluarga. Asyik teringat anak dan isteri di kampung. Nak balik seminggu sekali terasa macam setahun lamanya.
- Nilai kekeluargaan semakin terhakis antara ibu bapa - anak dan suami - isteri. Walaupun telefon boleh bergayut lama tidak akan sama dengan berjumpa dari mata ke mata dan dari hati ke hati.
- Tidak dapat menentukan tempat tinggal yang tetap kerana ada konsep sesetengah Jabatan Kerajaan mengamalkan pertukaran wajib dalam tempoh tertentu. Macam mana nak buat rumah atau beli rumah jika asyik berpindah randah. Jika dekat okaylah tetapi bukannya pegawai tersebut dapat tentukan kecuali ada "saluran khas". Keputusan untuk membuat pinjaman perumahan adalah sesuatu yang sukar apabila di mana patutnya rumah dibeli apabila tempat kerja asyik berubah sepanjang perkhidmatan.
- Anak-anak yang bersekolah terpaksa turut berpindah. Ini menjejaskan perkembangan dalam pendidikan anak-anak. Tidak boleh fokus kepada pelajaran apabila bertukar suasana yang asing bagi mereka. Perlu tempoh tertentu untuk menyesuaikan diri.
- Tertekan dengan kos perpindahan kerana perlu menanggung kos tersebut walaupun dapat dituntut (meskipun tidak menyeluruh). Kos menyewa di Lembah Klang sahaja memerlukan bayaran deposit dalam lingkungan RM4,000++ sekiranya sewa rumah berharga RM1,000++ sebulan.
- Sanggup berulang-alik samada harian ataupun mingguan samada menggunakan pengangkutan awam atau pun kenderaan persendirian. Hal ini menjadi satu kelaziman dan tiada kualiti masa yang sebenar untuk berehat di samping keluarga. Asyik tidur dalam bas ekspress ajer setiap hujung minggu dan apabila sampai sudah keletihan. Kelaziman penjawat awam sebelah Pantai Timur akan selalu berulang menggunakan bas ekspress. Iyalah, mana mampu naik kapal terbang tiap-tiap hujung minggu.
Oleh yang sebab demikian, ada segelintir penjawat awam sanggup berhenti kerja kerana tiada pilihan disebabkan masalah-masalah di atas tadi kesan daripada konsep pertukaran yang diamalkan. Bagi yang tiada pilihan, terpaksa menempuh keadaan tersebut dari hari ke hari. Walaupun nampak riang di tempat kerja, tetapi perasaan di dalam hati tiada siapa yang mengerti. Saban hari menunggu hujung minggu untuk kembali bertemu ke pangkuan keluarga yang jauh menanti.
Sudah tiba masanya pihak berkenaan mengkaji balik konsep dan mekanisme pertukaran tempat kerja penjawat awam. Penjawat awam bukannya sebuah robot yang boleh diprogram dengan semudah itu. Jika konsep pertukaran ini hendak dilakukan, hendakla secara menyeluruh. Bukannya hanya sesetengah golongan penjawat awam sahaja yang terikat terhadap sistem ini. Permudahkanlah sistem dalam perkhidmatan awam bukan sahaja untuk orang awam itu sendiri tetapi golongan perlaksana penjawat awam juga memerlukan ihsan dan belas agar jiwa dan perasaan mereka sentiasa terjaga dan dipandang berat.
Di bawah ini merupakan cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh semua pihak dan mengikut kesesuaian semasa. Cadangan-cadangan tersebut ialah :
Sudah tiba masanya pihak berkenaan mengkaji balik konsep dan mekanisme pertukaran tempat kerja penjawat awam. Penjawat awam bukannya sebuah robot yang boleh diprogram dengan semudah itu. Jika konsep pertukaran ini hendak dilakukan, hendakla secara menyeluruh. Bukannya hanya sesetengah golongan penjawat awam sahaja yang terikat terhadap sistem ini. Permudahkanlah sistem dalam perkhidmatan awam bukan sahaja untuk orang awam itu sendiri tetapi golongan perlaksana penjawat awam juga memerlukan ihsan dan belas agar jiwa dan perasaan mereka sentiasa terjaga dan dipandang berat.
Di bawah ini merupakan cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh semua pihak dan mengikut kesesuaian semasa. Cadangan-cadangan tersebut ialah :
- Melakukan pertukaran suka sama suka antara penjawat awam.
- Menambah bilangan kuarters kerajaan untuk setiap negeri dan dikongsi dengan semua jabatan bagi meringankan bebanan apabila terpaksa bertukar tempat kerja. Hal ini boleh diambil seperti kemudahan kuarters polis yang ada di setiap negeri.
- Sekurang-kurangnya mewujudkan peluang bagi pegawai mengadakan perbincangan sekiranya pertukaran wajib dilakukan.
- Mengkaji keperluan konsep pertukaran samada releven atau tidak di setiap Jabatan.
- Kos perpindahan ditanggung sepenuhnya dan diberi imbuhan tertentu bagi bebanan perpindahan.
- Adakan survey atau kaji seidik di kalangan pegawai di mana tempat bertugas yang dikehendaki dan daripada kajian ini, penyusunan tenaga kerja dapat dilakukan dari masa ke semasa.
- Hapuskan konsep wajib bertukar bagi mana-mana Jabatan yang tidak memerlukan konsep ini. Permudahkanlah sistem ini agar lebih memanafaatkan semua penjawat awam.
Duit dan harta boleh dicari tetapi kenangan dan memori bersama dengan anak-anak serta keluarga tidak dapat boleh diputar-balik ke masa lalu. Mereka semakin membesar dan adakah apabila tiba waktu pencen sahaja baru ingin menghabiskan masa bersama keluarga? Tepuk dada tanya selera masing-masing. Dalam sektor perkhidmatan awam ini terdapat banyak pakar-pakar yang dapat membincangkan dan mengkaji balik kesesuaian sistem pertukaran yang diamalkan selama ini. Ubahlah sistem tersebut untuk kebajikan dan kepentingan bersama, bukannya kepentingan sebelah pihak sahaja.
Salam musafir papa.
Anda mungkin meminati artikel ini :
Perbezaan Antara Bos dan Pemimpin
Faktor - Faktor Asas Sebuah Organisasi
Asas Pengurusan Syarikat
Perkara Asas Kewangan dan Bagaimana Ia Menentukan Kejayaan
Anda mungkin meminati artikel ini :
Perbezaan Antara Bos dan Pemimpin
Faktor - Faktor Asas Sebuah Organisasi
Asas Pengurusan Syarikat
Perkara Asas Kewangan dan Bagaimana Ia Menentukan Kejayaan
No comments:
Post a Comment