Maklumat dan informasi dalam pengurusan merupakan tangga utama bagi mencapai kejayaan sesorang pemimpin mentadbir dalam menguruskan sesebuah syarikat. Oleh yang demikian, pemimpin perlu mendapatkan sumber maklumat tersebut dan salah satu cara adalah menggunakan teknologi terkini iaitu melalui internet, media massa, whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya.
" Penggunaan teknologi maklumat (IT) telah merevolusikan struktur pengurusan dan sifat persaingan dalam pelbagai bidang perindustrian. Kepentingan teknologi maklumat dapat dibuktikan dengan kewujudan lebih daripada 25% peluang pasaran internet di pelbagai bidang ekonomi di negara kita. Selain itu, perdagangan “e-commerce” di Malaysia dijangka akan mencecah 1560 million Dolar Amerika pada tahun 2003. "
Dalam sektor perniagaan konversional, sekiranya penguasaan teknologi maklumat ini tidak dicapai dalam masa yang singkat, sektor perniagaan yang menggunakan konsep yang lama dan tradisional akan ketinggalan zaman dan tidak mustahil akan mengalami kemerosotan. Contoh yang paling ketara adalah syarikat besar seperti NOKIA boleh mengalami kegagalan kerana leka dengan kemajuan teknoloji, terlalu asyik dan selesa di takuk lama dan tidak mahu berubah mengikut peredaran zaman.
NOKIA sesuatu kemegahan seketika dahulu |
Dengan menggunakan teknologi internet, pemimpin akan mendapat banyak faedah seperti maklum balas pasaran semasa, keadaan terkini ekonomi, permasalahan masyarakat di sekeliling dan juga idea-idea baru untuk dikembangkan dan diperbaharui mengikut keadaan semasa. Dunia semakin hari semakin mengecil dan dibentuk dengan perkembangan pesat evolusi penggunaan Internet dan teknologi maklumat yang mana dikenali sebagai Globalisasi. Pemimpin akan menghadapi pelbagai kekangan dalam menghadapi perubahan ini bagi memperkembangkan daya saing di peringkat global.
Sebagai contoh, kebangkitan Korea Selatan dengan pesat adalah menggunakan teknologi maklumat dan meningkatkan kelajuan internet di kalangan rakyatnya. Dengan itu, kesemua maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan perkembangan perniagaan di Korea Selatan meningkat dengan ketara dalam masa singkat dan setanding dengan Jepun serta negara-negara Barat yang lain. Pemimpin di Korea Selatan mengambil usaha ini untuk berubah mengikut perkembangan semasa dan tidak terikat dengan peraturan konvensional sepertimana yang berlaku di negara jirannya iaitu Korea Utara.
1950, Korea Selatan antara termiskin di dunia |
Antara rahsia kemajuan Korea Selatan adalah mengutamakan pendidikan dan penguasaan teknologi. Dalam konsep pengurusan syarikat, pendidikan boleh diertikan memberi latihan yang berterusan kepada pekerja samada melalui secara formal dan tidak formal. Dalam secara formal adalah seperti menghantar kursus, menghantar ke pusat-pusat latihan dan juga boleh mengadakan kerjasama strategik perpindahan teknologi antara sektor swasta dan juga kerajaan. Secara tidak formal boleh diertikan sebagai memberi penerangan dan penjelasan dari masa ke semasa kepada semua pekerja secara tidak langsung seperti di dalam "briefing pagi" dan juga perhimpunan berkala atau perbualan kedai kopi.
" Dan bagaimana cara agar bangsa Korea punya kemampuan yang tinggi untuk menyerap sains dan teknologi ? Kuncinya adalah ….
Pembangunan manusia-manusia unggul !
Manusia-manusia unggul yang punya kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi. Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul. Pendidikan terbaik di dunia. Sejak lama, pemerintah telah berjuang supaya kanak-kanak Korea memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Tidak dalam ukuran Korea sendiri, tapi dalam skala global. Jadi sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk.
Dan Korea telah berjaya. Tingkat IQ Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia. "
Dipetik daripada blog CELAH GELEGAR - Korea Selatan Dulu dan Sekarang
Bagi penguasaan teknologi, syarikat boleh meningkatkan penggunaan sistem pengurusan dan kewangan yang terkini di samping pengukuhan proses aliran kerja. Penggunaan teknologi whatsapp amatlah bagus dalam sistem komunikasi antara pekerja. Itulah menjadi kecepatan maklumat di dalam sesebuah syarikat. Dengan teknologi maklumat juga, syarikat perlu mengadakan promosi kepada masyarakat tentang perkhidmatan yang dapat diberikan kepada semua pihak. Mudah ajer, buka facebook, twitter dan laman web bagi memberi maklumat berterusan kepada semua pihak. Tetapi kemaskini maklumat dan perkembangan syarikat perlulah dilakukan dar masa ke semasa.
Penguasaan teknologi maklumat memberikan faedah berikut bagi sesebuah syarikat :
- Mengekalkan dan meluaskan pasaran yang dikuasai
- Mengurangkan risiko atau kos alternatif
- Mencipta fleksibiliti dalam menghadapi persekitaran perniagaan yang tidak menentu
- Memperbaiki kecekapan organisasi secara dalaman
- Meningkatkan kualiti produk dan interaksi dengan pelanggan
- Mengurangkan kos pengeluran dan pengendalian
- Meningkatkan keupayaan daya saing
Selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment