Friday, 7 October 2016

Hawa

Hawa adalah sesuatu keinginan dan kehendak yang lahir jauh di dalam hati manusia. Tiada hawa maka tiada perbuatan dan kelakuan yang akan wujud di alam dunia ini yang mana sering disaksikan menerusi pancaindera manusia. 

Hawa yang meliputi kesemua keinginan dan kehendak samada baik atau buruk yang ditafsirkan oleh akal. Perhatikanlah dimanakah lahirnya hawa itu. Manusia tidak dapat menentang kewujudan hawa itu kerana manusia tiada kuasa ke atas diri yang sejati. Jika masih berpegang manusia yang yang menentukan untung buruk takdirnya, maka sesatlah manusia dalam lautan kehidupan ini. 

Teringatlah akan kisah sesebuah raja dahulukala yang mencari erti kehidupan diri. Sanggup menghabiskan masa hidup di dalam liang kubur yang digali dalam mencari erti diri sendiri. Dengan kecekalan dan percaya akannya, raja tersebut dapat kenali dirinya yang sebenar sehingga dianggap keramat oleh rakyatnya.

Alam yang meliputi 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi, terdapat makhluk yang wujud tetapi tidak diketahui kewujudannya oleh sesiapa pun samada penghuni syurga mahupun neraka. Untunglah bagi yang menpercayai kewujudan mereka tersebut meskipun belum mengenali mereka.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment