MAJLIS GOTONG ROYONG ASYURA
" Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. "
Kedai Mulong, 14 Okt 2016 - Aktiviti kemasyarakatan setempat telah diadakan satu majlis gotong-royong membuat bubur asyura. Berikut adalah gambar-gambar menarik aktiviti tersebut bertempat di Yayasan Ahmad Albab, Kedai Mulong Kelantan, anjuran Yusri Maju Sdn. Bhd. Seramai dua ratus (200) lebih pekerja syarikat turut serta dalam menjayakan majlis gotong royong tersebut. Majlis bermula daripada seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.
Sebanyak tujuh (7) kumpulan dibahagikan mengikut kawah yang disediakan yang mana ahli-ahlinya dicampurkan dengan kesemua bahagian bagi tujuan mengeratkan silalturahim antara semua unit. Kaum lelaki sibuk dalam persiapan penyediaan kawah untuk mengacau bubur asyura. Manakala kaum wanita pula asyik dengan memotong bawang, lengkuas dan sebagainya sebagai bahan rempah ratus bubur asyura.
[Infomasi]
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
Video : Aksi mengacau bubur asyura di dalam kawah
Gambar : Pembahagian hadiah dan cabutan bertuah kepada semua kumpulan
Bagi menyemarakan aktiviti gotong-royong kali ini, CEO Yusri Maju Sdn Bhd telah berucap sepatah dua kata sebelum majlis gotong-royong selesai. Kemuncak aktiviti ini ialah penyampaian hadiah bagi kumpulan terbaik dan cabutan bertuah. Tahun ini kumpulan terbaik dan paling sedap membuat bubur asyura jatuh kepada Kumpulan Dua. Tahniah diucapkan. Lain-lain kumpulan sila berusaha lagi di tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment