Nasihat yang terbaik dari insan TIONGHUA paling kaya di negara China.
~ JACK MA ~
Jack Ma berkata,
"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu."
⛩Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.
⛩Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.
⛩Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.
⛩Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.
⛩Bila smartphone guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.
⛩Bila wechat dan whatsapp (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.
⛩Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.
⛩Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."
⛩Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu tuai apa yg kamu semai dan bagaimans anda guna MASA yang ada.
⛩Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.
⛩Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.
⛩Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.
⛩Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.
⛩Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.
⛩Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome.
⛩Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.
⛩Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.
⛩Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.
*Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan Peluang.*
No comments:
Post a Comment