Perbandingan Cara Kerja Barat & Timur
Ini merupakan satu pandangan untuk dikongsi bersama. Masyarakat Malaysia didedahkan pelbagai budaya kerja samada daripada Barat mahupun daripada Timur. Ini adalah disebabkan sejarah Malaysia diperintah dan dipengaruhi dengan budaya Barat iaitu samada British, Portugis, Amerika dan juga pengaruh Arab. Manakala pengaruh Timur adalah disebabkan pemerintahan Jepun serta pengaruh daripada Korea dan juga Tanah Besar China.
Dengan kepelbagai pengaruh yang meresap dalam budaya kerja masyarakat Malaysia, setiap pengaruh tersebut ada yang baik dan buruk sehingga mewujudkan identiti tersendiri di Malaysia. Di sini dihuraikan sedikit sebanyak apa budaya kerja masyarakat Barat dan Timur yang boleh kita ambil dan diubahsuai mengikut kehendak dan kesesuaian kita di Malaysia.
Budaya Kerja Barat
- Sikap suka berterus terang dan menegakkan pendapat masing-masing dengan hujah dan bukti yang jelas. Ini menunjukkan sikap keyakinan yang tinggi terhadap kerja yang dilakukan oleh individu tersebut. Namun, sikap ini susah hendak diterima oleh masyakat Malaysia dan boleh mengakibatkan salah faham dan perselisihan dalam bekerja. Masyarak Malaysia boleh menerima pakai perkara ini dengan cara berterus terang dan mengemukakan pandangan dan pendapat dengan cara berhemah dan bijak.
- Masyarakat Barat sentiasa mengikut peraturan dan sabar dalam melakukan pekerjaan asalkan matlamat dan kehendak yang diingini dapat dicapai.
- Masyarakat Barat tidak suka mencampur aduk hal-hal kerja apabila berada di luar waktu kerja. Di Eropah ada peraturan diwujudkan bahawa syarikat tidak dibenarkan menghantar e-mail atau whatsapp selepas waktu kerja kepada pekerjanya. Pekerja boleh mengemukakan saman mahkamah sekiranya majikan melanggar peraturan tersebut. Ini adalah kerana masyarakat Barat amat mementingkan privasi hidupnya apabila berada di luar waktu kerja. Bagi masyarakat Barat, kerja lebih masa merupakan satu sikap yang buruk kerana tidak bijak dalam mengatur tugasan yang diberikan serta ini juga akan mengakibatkan kos pengurusan sesebuah syarikat akan meningkat tinggi.
- Pihak pengurusan di syarikat negara-negara Barat menganggap pekerja bawahan adalah sama level dan tiada perbezaan antara pangkat. Mereka menganggap pekerja bawahan adalah aset utama kepada sesebuah syarikat kerana tanpa mereka semua, syarikat tidak akan berfungsi dengan baik. Bayangkan sekiranya tiada office boy melakukan kerja-kerja mengutip sampah dan menghantar dokumen, adakah syarikat akan berjaya dan berada dalam persekitaran yang elok? Pandangan pekerja bawahan juga diambil kira dalam membuat keputusan dalam sesebuah syarikat. Bagi membolehkan syarikat berdaya saing dan kukuh serta mahukan pekerja memandang syarikat itu sesebuah keluarganya juga, pihak pengurusan syarikat amat menitikberat dalam hal ehwal kebajikan terutamanya memberi ganjaran dan sebagainya.
- Masyarakat Barat amat tepat mematuhi waktu kerja. Jika jam 10 pagi akan bermesyuarat, orang Barat akan tepat datang pada waktu tersebut. Tiada yang awal dan tiada yang lewat.
- Sikap masyarakat Barat ini, apabila mereka tidak berpuas hati, mereka akan marah dan luahkan perasaan tersebut tanpa sebarang prejudis. Ini bertentangan dengan masyarakat Timur yang masih banyak bertoleransi.
- Kebanyakan budaya mencipta sesuatu barangan adalah berasal daripada sebelah Barat termasuklah semasa di zaman kegemilngan Islam dahulu.
- Salah satu sikap kerja masyarakat Barat, mereka lebih suka melakukan kerja secara individu atau perseorangan kerana menitikberatkan hak cipta tersendiri dan tidak mahu dipengaruhi dengan orang di sekelilingnya.
Budaya Kerja Timur
- Sikap yang berbelit-belit dan hipokrit dalam melakukan kerja seharian. Mengharapkan pujian dan takut untuk mengemukakan pandangan dan pendapat. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengetengahkan idea tersendiri. Sikap ini boleh diguna-pakai di Malaysia namun harus cepat mengambil peluang apabila tiba masanya. Jika bertangguh-tangguh, peluang untuk mengemukakan pandangan dan idea tersebut akan terbatas dan individu tersebut akan ketinggalan dalam organisasi kerja tersebut.
- Istilah Orang Timur terdapat dua pandangan di sini iaitu samada tanah Besar China atau Jepun / Korea. Masyarakat Tanah Besar China masih lagi suka berebut-rebut peluang yang ada dan tergopoh gapah melakukan kerja. Ini adalah disebabkan pengaruh persekitaran di Tanah Besar China yang mana siap yang cepat akan dapat peluang tersebut. Manakala masyarakat Jepun / Korea sangat sabar dan mengikut turutan dalam melakukan kerja. Hal ini adalah satu kelebihan kerana semua pihak akan mendapat peluang yang sama tetapi perkara ini disempitkan dengan seniority dalam pertandingan merebut peluang kerana masih lagi taksub dan terikat kepada mereka yang lebih tua adalah lebih layak memberi pandangan dan idea yang bernas. Persamaan antara masyarakat Tanah Besar China dan Jepun / Korea, sikap hipokrit amatlah tinggi kerana mereka berpura-pura suka akan pandangan orang lain kerana rela untuk menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling.
- Bagi masyarakt Timur Jauh, tiada istilah berehat daripada kerja. Mereka seolah-olah hidup untuk kerja dan bukannya kerja untuk hidup. Dengan ini, masyarakat Timur sentiasa kerja selama 24 jam sehari dan hinggakan masa cuti minggu dihabiskan dengan kerja. Bagi masyarakat Timur, sekiranya mereka balik pada waktu yang tepat, orang di sekeliling akan memandang dengan pandangan negatif dan menganggap mereka itu adalah orang yang pemalas. Maka tidak hairanlah apabila pekerja terpaksa melakukan kerja lebih masa walaupun kerja yang ditugaskan telah siap. Mereka sanggup berpura-pura dan mencari mana-mana kerja untu dilakukan. Ini adalah salah satu sikap hipokrit dalam masyarakat Timur.
- Bagi negara-negara Timur, pihak pengurusan menganggap pihak atasan perlu dihormati dan seniority perlu dijaga sebaik-baiknya. Maka, kenaikan pangkat dan ganjaran diberi mengikut turutan seniority bukannya mengikut kecekapan pekerja. Dengan itu, pihak bawahan sentiasa di dalam tekanan kerja yang melampau dan dalam keadaan ketidakpuashatian.
- Masyarakat Timur menjaga waktu dengan tepat dan jika berjanji akan datang seawal 10 minit. sebagai contoh, jika berjanji pukul 10 pagi maka mereka akan datang seawal 9.50 pagi terlebih dahulu.
- Masyarakat Timur apabila ingin marahkan kepada seseorang, mereka masih lagi ada toleransi dan boleh mengawal kemarahan tersebut. Berbeza dengan masyarakat Barat.
- Masyarakat Timur pula mengambil peluang tke atas barang yang dicipta dan mengubahsuai dengan lebih elok. Ini menyebabkan budaya mencipta kurang ada di kalangan masyarakat Timur tetapi lebih kepada mengubahsuai ke arah yang lebih elok mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.
- Orang Timur pula lebih suka bekerja secara berkumpulan dan mengambil idea semua pihak dalam melakukan kerja. Maka hak cipta dan pemilikan sesuatu idea tersebut lebih terjerumus kepada kumpulan tersebut bukannya kepada individu tersebut.
Anda mungkin meminati laman web ini untuk perbandingan antara budaya Barat dan Timur :
Nota :
Istilah Timur merujuk kepada Jepun, Korea dan juga Tanah Besar China. Manakala istilah Barat merujuk kepada Amerika Syarikat dan Eropah dalam perbincangan ini. Ini adalah pandangan peribadi dan berdasarkan kepada pengalaman bekerja dengan orang Barat dan Timur. Pandangan ini bukannya bersikap dikriminasi perkauman atau bangsa. Ianya hanya sekadar apa yang baik kita ikuti dan apa yang tidak elok kita jauhi. Masyarakat Malaysia masih lagi perlu belajar daripada kedua-dua pihak samada Barat atau Timur kerana setiap kaum dan bangsa diberi kelebihan masing-masing.
No comments:
Post a Comment