Siapakah Yusri Maju Sdn Bhd ? Masih ramai yang tertanya-tanya tentang syarikat ini yang mana merupakan syarikat yang tersohor pada masa kini di seluruh negeri Kelantan dan meningkat nama di arena sektor pembinaan dan perkhidmatan di pelusuk Malaysia. Berikut diterangkan serba sedikit tentang syarikat ini.
Yusri Maju Sdn Bhd (YMSB), sebuah syarikat 100% bumiputera memulakan kerja-kerja sebagai kontraktor awam (general work contractor) pada tahun 2008. Bermula daripada tahun ke tahun, YMSB telah melakukan pelbagai projek di bawah tender kerajaan serta swasta yang meliputi kepelbagaian bidang, pengalaman serta teknologi terutamanya dalam bidang kejuruteraan awam.
Kini, YMSB mengambil peranan penting sebagai peneraju utama kontraktor di sektor pembinaan dan penyenggaraan jalan dan kerja-kerja awam yang lain di Malaysia secara umumnya dan di Kelantan secara khususnya. YMSB juga merupakan salah sebuah syarikat pembekal bitumen seluruh Malaysia dan pembekal utama dalam penyewaan aset jentera bergeraknya kepada Propel, PLUS, JKR, Roadcare, kuari dan kontraktor-kontraktor kecil.
Dalam meningkatkan usaha syarikat ke peringkat global, YMSB telah mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualiti kerja dan dianugerahkan dengan Quality Management System ISO 9001 : 2008 yang diiktiraf oleh SIRIM. YMSB juga dianugerahkan dengan G7 Contract License daripada pihak CIDB.
Dalam meningkatkan usaha syarikat ke peringkat global, YMSB telah mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualiti kerja dan dianugerahkan dengan Quality Management System ISO 9001 : 2008 yang diiktiraf oleh SIRIM. YMSB juga dianugerahkan dengan G7 Contract License daripada pihak CIDB.
MAKLUMAT
& INFO SYARIKAT
|
||
Nama Syarikat
|
YUSRI
MAJU SDN. BHD.
|
|
No. Pendaftaran
|
803631
– D
|
|
Tarikh Diperbadankan
|
21hb
Januari 2008
|
|
Status
|
Bumiputera
|
|
Alamat
|
Ibu Pejabat :
Lot
387-A Kg. Tunjong,
Jalan
Kuala Krai,
16010
Kota Bharu,
Kelantan
Darul Naim.
|
Cawangan :
43-1
Jalan Nautika
B
U20/B,
Pusat
Komersil TSB
Sungai
Buloh,
Seksyen
20,
40160
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
|
Telefon
|
+609-712
5026
+609-712
4088
|
+603-615
15567
|
Faks
|
+609-712
4026
|
+603-615
14655
|
Website
|
||
E-mail
|
ymgroup@yusrimaju.com.my
|
|
Kekuatan Tenaga
|
Pekerja
seramai 222 orang (kemaskini sehingga Okt 2016)
|
|
Aktiviti Utama
|
Berpengalaman luas dalam
bidang kejuruteraan sivil iaitu kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan
jalan, kerja-kerja road line, penambakan dan benteng laut, pembinaan bangunan
dan juga operasi kuari. Kami juga membekalkan bitumen & diesel seluruh
Malaysia.
Lain-lain perkhidmatan
ialah penyewaan jentera-jentera berat seperti excavator, backhoe, milling
machine, tandem & tyre roller, paver serta sebagai wakil agen insurance
bagi Zurich & Tokio Marine.
|
Misi Syarikat
"Kami ingin dikenali sebagai sebuah syarikat pembinaan BUMIPUTRA yang profesional, bertanggungjawab, berdedikasi, dan komited dalam menyumbangkan kepakaran dan pengalaman kami demi kemajuan negara. Kami berazam untuk mencapai misi ini dengan memenuhi harapan dan kehendak para pelanggan kami dari segi mutu pembinaan, kos dan jangkamasa siap. Menyedari bahawa kunci kejayaan kami terletak di bahu tenaga kerja, kami komited untuk memenuhi kepuasan kerjaya mereka dengan menyediakan imbuhan dan suasana kerja yang baik."
Kekuatan utama YMSB adalah pada pemilikan jenteranya yang meliputi kesemua bidang - bidang utama dalam sektor pembinaan. Antara jentera-jentera milik syarikat ini ialah :
Jentera - jentera milik YMSB |
Maka tidak hairanlah bagaimana YMSB dapat mencipta nama dengan cepat dan pantas dalam bidang ini terutamanya bagi syarikat 100% Bumiputera apabila dapat menyiapkan projek pembinaan dengan cepat kerana lengkapnya kemudahan jentera miliknya.
Setor diesel bagi jualan diesel industri |
Selain daripada kelebihan jentera-jentera milik syarikat, YMSB juga memiliki sebuah setor diesel bagi kegunaan industri. Peranan utama dalam membekalkan diesel secara runcit dan kredit kepada pelanggan-pelanggannya sekitar negeri Kelantan amatlah menyerlah dan dikagumi. Rujukan projek - projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah :
- Cadangan Pembinaan Laluan Keluar Masuk Lebuhraya Utara Selatan di Kampung Serai, Rawang.
- Cadangan Pembaikian dan Penyenggaraan Jambatan Sg Kemasin / Pengkalan Baru Bachok Kelantan.
- Membekal, Menghantar dan Menghampar Asphaltic Concrete Wearing Course Bagi Jalan Selising - Kok Lanas Kelantan.
- Membekal dan Memasang Guard Rails Bagi Jalan Kubang Kerian - Sabak Kelantan.
- Penyenggaraan Jalan Di Route 185 Jalan Batu Karang, Pasir Mas Kelantan.
Bengkel YMSB di Kedai Mulong |
Apa yang menarik tentang YMSB adalah syarikat ini menpunyai kemudahan bengkelnya tersendiri. Kesemua jentera dan kenderaan syarikat akan diselenggara dan dibaiki di bahagian Bengkel. Dengan kepakaran foremen yang ada di sini, jentera dan kenderaan milik syarikat sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan kerja-kerja di tapak projek tidak akan tergendala kerana foremen sentiasa berada dalam keadaan stand-by untuk kerja kecemasan.
Teruskan usaha dalam mencapai bintang-bintang di langit.
Insya-Allah, dengan segala daripada izin-Nya jua.
Anda juga mungkin meminati dengan artikel ini :
Fungsi - Fungsi Bengkel Yusri Maju Sdn Bhd
Gotong Royong Bubur Asyura di Yayasan Ahmad Albab - Yusri Maju Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment