Okt 24, 2016 Jalan Kuala Krai - Kota Bharu
Kampung Tunjong, tiada apa yang istimewa tentang kawasan ini. Merupakan kawasan pinggir bandar Kota Bharu yang dikelilingi oleh sawah-sawah padi dan terbiar. Namun, kerancakan pembangunan dari hari ke hari mula dirasai di kawasan ini. Sawah-sawah padi mula ditinggalkan dan diganti dengan penambakan tanah bagi tujuan pembangunan dan sub-bandar bagi Kota Bharu sendiri.
Video di atas menunjukan keadaan pada masa tersebut. Pada masa ini, video ini tiada apa-apa pengertian dan nilai tetapi apabila pembangunan merubah keadaan tempat ini, video ini akan menceritakan semula keadaan asal tempat ini nanti. Jalan ini merupakan Jalan Kuala Krai - Kota Bharu yang merupakan jalan utama dan nadi kepada negeri Kelantan. Waktu video ini diambil pada jam 11.30 pagi, keadaan jalan tidaklah sesibuk mana pun. Tetapi, jalan ini akan mencapai kemuncak kesibukan trafik bermula awal pagi, tengah hari dan waktu petang serta pada musim perayaan.
Kiri : Jalan menghala ke Kuala Krai Kanan : Jalan menghala ke Kota Bharu
Berdekatan dengan jalan ini sedang rancak pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai. Dijangka akan siap pada penghujung tahun 2016, jalan ini tidak lagi akan sibuk seperti biasa kerana adanya jalan alternatif menggunakan lebuhraya nanti. Samada, lebuhraya itu bertol atau tidak belum diketahui statusnya.
Kiri : Parkir kedai makan kolam ikan Kanan : Pintu gerbang Majlis Daerah Keterah
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Zaman makin lama makin berubah. Masa tidak akan berhenti dan terus meninggalkan kita dari hari ke hari. Maka, jadikan lah hari ini lebih baik daripada semalam. Itu lah kelebihan yang ada pada kita dalam menentukan hala tuju kehidupan. Tiada sesiapa yang dapat merubah diri sendiri kecuali kita sendiri yang mentafsirkannya samada inginkan kepada lebih baik atau menjerumus ke dalam kesesatan yang nyata.
Salam Musafir Papa
No comments:
Post a Comment