Friday 21 October 2016

Apa yang dihasratkan dengan bajet 2017 ?

SESUATU YANG MENDEBARKAN...

Sekarang, rakyat Malaysia tengah tertunggu-tunggu dengan bajet tahun 2017 yang akan diumumkan oleh kerajaan. Dengan keadaan ekonomi dunia tidak menentu dan kemerosotan harga minyak dunia sebanyak 50%, bajet tahun 2017 akan menjadi cabaran kepada Malaysia. Berikut adalah anggapan dan pandangan sesetengah rakyat Malaysia bagi bajet tahun hadapan iaitu :

  • Peningkatan peratusan GST daripada 6% kepada 8% ? 
  • Penghapusan subsidi minyak masak ?
  • Penambahan peruntukan dalam sektor kemudahan pengangkutan awam ?
  • Penambahan pemberian BRIM ?
  • Pembinaan laluan baru keretapi laju daripada Kuala Lumpur ke Singapura ?
  • Pembinaan laluan baru keretapi daripada Kuala Lumpur melalui Bentong - Kuantan - Kuala Terengganu - Kota Bharu ?
  • Pengurangan peratusan cukai korporat tetapi "transformasi" kepada cukai pendapatan rakyat biasa ?
  • Transformasi rawatan pakar di hospital kerajaan iaitu siapa bayar dapat kemudahan pakar dengan mudah ?
  • Bonus kepada kakitangan kerajaan kekal sama iaitu imbuhan RM500 sahaja ?
  • Kenaikan pencen  kakitangan awam tidak berubah ?
  • Transformasi dalam subsidi petrol atau diesel runcit ?
  • Peruntukan meluaskan landasan kapal terbang di Kota Bharu ?

Namun, ini adalah satu pandangan peribadi sahaja. Diharapkan bajet tahun 2017 ini dapat memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia (jangan hanya kakitangan kerajaan sahaja tau) terutamanya penduduk di luar bandar. Bukan hanya tertumpu kepada bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sahaja. 


Kita tunggu ajer laaaa nanti yer  :)

No comments:

Post a Comment