Wednesday 12 October 2016

Kemeriahan Tulisan Jawi Di Kota Bharu

Tulisan Jawi warisan Melayu tidak akan lupus jika usaha dan kerjasama daripada semua pihak giat dilakukan. Antaranya penguatkuasaan penggunaan tulisan Jawi di papan iklan sepertimana dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Tulisan Jawi bukan hanya diguna untuk pembelajaran agama Islam sahaja, tetapi perlu disuburkan di peringkat perniagaan dan agensi kerajaan yang lain. Jika usaha ini tidak dilakukan, tulisan ini akan terkubur pada masa hadapan.

Antara tulisan Jawi digunakan di premis perniagaan di Kota Bharu 
Dengan usaha yang berterusan sedemikian, tulisan Jawi akan terus subur dan berkembang. Syabas diucapkan kepada semua pihak termasuk para peniaga kerana memberi kerjasama dalam memartabatkan penggunaan Jawi di papan iklan. 

Hanya di Kelantan dan juga di Brunei (jika penulis tidak silap), pihak berkuasa mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di premis-premis perniagaan di samping tulisan Rumi. 

Masih ramai anak-anak muda buta Jawi dan penulis sendiri tidak fasih apabila cuba membaca dalam tulisan Jawi. Namun, apabila cuba sedaya upaya untuk membaca dalam tulisan Jawi, ada rasa kagum dan bangga apabila memahami tulisan tersebut. Secara tidak langsung, penggunaan tulisan Jawi di tempat awam sedemikian akan mengalakkan anak-anak muda untuk belajar dan menambah perbendaharaan perkataan dalam tulisan Jawi.

تيروسكن اوساه ايني 
Syabas kerajaan Negeri dan para peniaga di Kelantan.

No comments:

Post a Comment