Saturday 22 October 2016

Pemuliharaan Bangunan Carcosa

Bangunan Carcosa Kuala Lumpur
Bangunan Carcosa terletak di sebelah Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Carcosa bermaksud "tempat yang amat disayangi" di dalam bahasa Itali. Diilhamkan oleh Sir Frank Swettenham pada tahun 1896 dan merupakan kediaman rasminya. Kini kerja-kerja pemuliharaan sedang dijalankan serta berikut adalah video keadaan bangunan ini dinilai oleh pihak berwajib menggunakan kaedah Building Assessment Condition (BCA) atau Penilaian Keadaan Bangunan oleh pihak Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia. Penilaian ini merangkumi kerja-kerja sivil, elektrikal dan mekanikal.
Sir Frank Swettenham 
Sir Frank Athelstane Swettenham (28 Mac 1850 - 11 Jun 1946) adalah umum Residen pertama Persekutuan Tanah Melayu, yang membawa negeri-negeri Melayu Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang bersama-sama di bawah pentadbiran seorang Residen Jeneral berdasarkan di Kuala Lumpur. Beliau berkhidmat dari 01hb Julai 1896 untuk tahun 1901. Beliau juga adalah seorang pelukis amatur, jurugambar dan pengumpul antik. Beliau dilahirkan di Belper, Derbyshire, Britain.

Bangunan Carcosa ini pernah dijadikan hotel mewah bagi kegunaan VVIP termasuk kerabat Diraja dan dilengkapi dengan 13 buah bilik tamu dengan harga pada masa itu dalam lingkungan RM1,100 ~ RM3,500 semalaman. Pada awal tahun 1987 merupakan permulaan Carcosa dijadikan hotel kenamaan dan ratu Elizabeth II menjadi tetamu rasmi pertama semasa menghadiri mesyuarat Ketua Negara-Negara Komenwel.

Bangunan ini dinamakan sebagai bangunan warisan dan telah dilindungi di bawah Akta Antikuiti (kemudian digantikan dengan Akta Warisan Kebangsaan). Semoga bangunan warisan ini sentiasa terpelihara untuk tatapan ke anak cucu bagi tujuan penghayatan sejarah bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment