Tuesday 25 October 2016

Fungsi - Fungsi Bengkel Yusri Maju Sdn Bhd

Bengkel Kenderaan & Lori YMSB
Pengertian bengkel secara umum adalah tempat (bangunan atau ruangan) untuk perawatan / pemeliharaan, perbaikan, modifikasi alatan, kenderaan, jentera dan mesin. Bengkel Yusri Maju Sdn Bhd (YMSB) atau juga dikenali Bengkel Kenderaan & Lori merupakan bahagian sokongan utama dalam memastikan kelangsungan aktiviti syarikat. Kedudukan bengkel YMSB terletak di Belakang Pasar Kedai Mulong dengan jarak 1.5 km daripada ibu pejabat YMSB yang terletak di Kampung Tunjung.
Kedudukan YMSB dan Bengkel YMSB
FUNGSI – FUNGSI BENGKEL
Fungsi – fungsi utama bengkel bagi syarikat adalah sepertimana berikut:

  • Sebuah organisasi kerja dan tempat bagi keperluan pembaikian dan pemuliharaan jentera, kenderaan, mesin dan peralatan bagi aset-aset milik syarikat dan juga pelanggan.
  • Sebuah organisasi kerja dan tempat bagi tujuan kerja-kerja servis dan penyenggaraan berkala kesemua jentera, kenderaan, mesin dan peralatan milik syarikat dan juga pelanggan.
  • Menjalankan kerja-kerja pengiraan kosting bagi setiap kenderaan, jentera dan peralatan yang menjalankan kerja-kerja pembaikian dan penyenggaraan bagi tujuan kelestarian hayat aset syarikat.
  • Memastikan operasi perjalanan sesebuah projek di tapak bina sentiasa dalam keadaan lancar dengan memberi perkhidmatan “stand-by technician 24 hours” untuk kerja-kerja pembaikian kerosakan jentera dan kenderaan di tapak bina.
  • Mengesan status kedudukan terkini jentera, kenderaan dan peralatan mesin dengan merekod setiap pergerakan aset syarikat yang diguna-pakai bagi tujuan keselamatan aset syarikat.

Nota: 
Berikut adalah keadaan bangunan bengkel sebelum diambil oleh syarikat daripada Pembangunan Negeri Kelantan yang mana sebelum ini diguna sebagai Bengkel Projek Kemajuan Kampung oleh Kerajaan Negeri Kelantan.


WAKTU BEKERJA
Bilangan Hari : 6 hari seminggu
Cuti Rehat        : Hari Jumaat
Masa  Kerja     : 8.30 pagi – 5.30 petang 

No. Telefon & Faks : 09 - 712 4161

No comments:

Post a Comment