Monday 17 October 2016

Asas Pengurusan Syarikat


Dalam kehidupan seharian, manusia akan terlibat dalam sesebuah organisasi yang mana meliputi kumpulan manusia terutama sesebuah syarikat mahupun jabatan tertentu. setiap kumpulan manusia ini akan terikat antara satu sama lain bagi menjayakan objektif dan tujuan pencapaian organisasi tersebut bagi keuntungan bersama.

Prinsip asas sesebuah organisasi adalah matlamat, tujuan dan cita-cita yang ingin dicapai dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam menarik minat sekumpulan manusia yang lain. Bagi mencapai tujuan tersebut, satu prinsip pengurusan perlu difahami bagi mengelakkan runtuhnya sesebuah organisasi yang didirikan terutamanya dalam sektor perniagaan pada masa kini.
" Oranganisasi merujuk kepada susunan sistematik individu-individu dibawa bersama untuk mencapai beberapa tujuan spesifik. "
Organisasi menpunyai beberapa ciri yang mana layak digelarkan sesebuah organisasi terutamanya dalam sesebuah pengurusan syarikat iaitu :

  • Ada matlamat dan tujuan yang jelas dan spesifik. Dengan ada tujuan inilah sesebuah organisasi dapat diuruskan dengan teratur dan tidak lari daripada matlamat asal. Walaupun sesebuah organisasi itu kecil, ketua yang dilantik perlu jelas akan hala tuju organisasi tersebut. Sebagai contoh, matlamat penubuhan bengkel kenderaan adalah bagi memberi perkhidmatan pembaikian kenderaan di samping perbelanjaan yang berhemah dan bijaksana.
  • Terdiri orang yang bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat tertentu. Sesebuah organisasi akan gagal jika semua pihak melakukan kerja mengikut buah fikiran tersendiri dan organisasi tersebut akan gagal terutamanya mengambil kesempatan terhadap kelemahan dalam pengurusan dalam sesbuah syarikat.
  • Perlantikan ketua perlu dilakukan bagi memastikan organisasi dapat dipandu dengan baik dan tidak ada unsur-unsur kepentingan peribadi.

Sabda Rasulullah (s.a.w.)..
“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah ke atas mereka seorang untuk menjadi ketua.” (Abu Daud)   
Sabda Rasulullah (s.a.w.).. 
“ Tidak halal bagi tiga orang yang berada di satu tempat melainkan dilantik seorang daripada mereka seseorang sebagai ketua.”  (Imam Ahmad) 
Imam Ibnu Taimiah mengatakan..
“Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.” 

  • Stuktur yang bersistematik seperti penjelasan yang tepat pada carta organisasi dan skop tugasan dan bidang. Sekiranya sesebuah syarikat tidak jelas akan hal ini, pengurusan sesebuah syarikat akan sentiasa dilanda masalah dan kekalutan kerana tiada tempat pergantungan yang jelas bagi individu di bawah tadbirnya.
  • Memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sekeliling dalam pelbagai bentuk samada perlu dibayar atau diberikan secara percuma. skop perkhidmatan ini akan dikategorikan mengikut bahagian atau unit bagi melancarkan pengurusan sesebuah organisasi.

No comments:

Post a Comment