Tuesday 18 October 2016

Prinsip Asas Pengurusan Syarikat oleh Henri Fayol

Prinsip – Prinsip Asas Pengurusan 
Perkara
Penerangan
Pembahagian Kerja
(Work Division)
Pengkhususan tenaga kerja diperlukan dan dipecahkan mengikut unit / bahagian dalam memastikan organisasi diuruskan dengan teratur dan sistematik.

Kuasa Mengurus
(Authority)
Arahan yang dikeluarkan hendaklah daripada individu yang diberi kuasa oleh pihak pengurusan kerana segala risiko dan tanggungjawab akan ditanggung oleh individu tersebut.

Disiplin
(Discipline)
Rasa hormat dan mematuhi segala arahan amatlah diperlukan bagi melancarkan urusan operasi sesebuah syarikat.

Mematuhi Arahan
(Unity of Command)
Kesemua pekerja seharusnya mematuhi arahan kerja daripada individu yang dilantik sahaja iaitu Ketua Unit masing-masing.

Bersatu Menerima Arahan
(Unity of Direction)
Kesemua pekerja dalam sesebuah organisasi seharusnya menerima arahan yang sama dan bergerak seiring serta focus dengan matlamat yang ingin dicapai.

Kepentingan Individu
(Conflict of Interest)
Cabaran yang paling besar dalam pengurusan syarikat adalah masalah kepentingan individu dan kepentingan umum. Hal ini dapat dielakkan jika syarikat menpunyai sistem pengurusan dan proses aliran yang kemas dimana perlu diikuti oleh semua pihak.

Imbuhan
(Remuneration)
Semua pekerja seharusnya diberi imbuhan mengikut kelayakan dan pencapaian yang disumbangkan kepada syarikat. Tiada unsur-unsur kepentingan peribadi.

Pemusatan
(Centralization)
Hubungan antara ibu pejabat dan bahagian-bahagian lain amat penting dihubungkan dengan kekerapan tertentu. Sebagai contoh lawatan berkala / mesyuarat bulanan / aktiviti sukan antara bahagian dan ibu pejabat. Keseimbangan hubungan antara semua bahagian amat penting.

Rantaian Skalar
(Scalar Chain)
Semua pegawai bawahan perlu mematuhi rantaian rasmi pengurusan iaitu hendaklah melalui saluran yang betul dan tidak boleh sama sekali melanggar turutan tersebut KECUALI diberi kebenaran khusus oleh pegawai atasan.

Perintah
(Order)
Kesemua arahan dan perintah serta aliran proses harus dipatuhi mengikut cara yang telah ditetapkan.

Ekuiti
(Equity)
Dengan adanya keadilan di peringkat semua pekerja akan memberi kebaikan yang mana akan menjana perkhidmatan berbakti dan setia kepada syarikat.

Kestabilan dan kematangan kakitangan
(Stability and tenure of personnel)
Semua pekerja perlu diberi tempoh tertentu untuk belajar daripada pengalaman kerja dan proses pembelajaran yang berterusan daripada setiap latihan / training yang diberikan. Dengan tempoh ini, semua pekerja akan rasa berpuas hati dan akan memberi khidmat yang terbaik kepada syarikat.

Inisiatif
(Initiative)
Salah satu daripada kepuasan terbesar adalah merangka dan melaksanakan pelan yang dirancang iaitu daripada pringkat teori kepada praktikal serta mengkaji semula keberkesanan dasar tersebut dari masa ke semasa.

Keharmonian
(Esprit de corps)
Keharmonian di kalangan semua pekerja merupakan kunci utama dalam kejayaan sesebuah pengurusan di dalam syarikat yang akan memberi manafaat kepada semua pekerja.

 Sumber daripada Challenges for Tommorow's Leaders, 2007 oleh Henri Fayol

Siapakah Henri Fayol ?


Henri Fayol (Istanbul, 29 Julai 1841 - Paris, 19 November 1925) adalah seorang Perancis jurutera perlombongan, eksekutif perlombongan, penulis dan pengarah lombong yang mengembangkan teori umum pentadbiran perniagaan yang sering dipanggil Fayolism. Dia dan rakan-rakannya yang dibangunkan teori ini secara bebas daripada pengurusan saintifik dan diakui sebagai pengasas kaedah pengurusan moden.

Anda mungkin meminati :

No comments:

Post a Comment