Wednesday 12 October 2016

Kelebihan Dan Kekurangan Loji Asphalt Jenis Batch Jenama LINHOFF

ASPHALT MIXING PLANT (BATCH TYPE)

Loji Asphalt Batch Type (JKR Kuari Bukit Buloh Kelantan)
Asphalt mixing plant boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu batch plant atau drum mix plant. Bagi membolehkan kualiti sentiasa terjaga, produk premix yang dikeluarkan daripada batch plant sentiasa menjadi keutamaan terutamanya dalam pembinaan lebuhraya dan lapangan terbang. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan yang ada bagi jenis batch plant bagi jenama Linnhoff buatan Jerman untuk rujukan :-

KELEBIHAN
  1. Tidak memerlukan hot elevator seperti loji konversional kerana kesemua bahan mentah aggregate dan bitumen dimasukkan terus ke dalam drum mixer yang terletak di atas loji premix.
  2. Penjimatan tenaga elektrik dan juga bahan bakar diesel disebabkan konsep ketiadaan hot elevator dan pengabungan proses pemanasan & screening dalam satu unit drum mixer.
  3. Kemudahan penyenggaraan pada loji ini kerana dilengkapi dengan tangga dan laluan pejalan kaki bagi tujuan tersebut.
  4. Kualiti produk premix sentiasa dalam keadaan stabil berikutan dengan sistem pengawasan (multi-sensor) dan weight controller menggunakan teknoloji perisian yang dibekalkan dan dikawal daripada controller cabin oleh operator.
  5. Penggunaan cement filler yang menjimatkan kerana menggunakan semula aggregate filler yang ditapis di bagfilter sebelum dikeluarkan sebagai bahan buangan.
  6. Tiadanya masalah pencemaran udara kerana semua bahan buangan terlepas ke udara ditapis di bagfilter.
  7. Tiada pencemaran air kerana bahan buangan ke udara telah ditapis dan disaring dengan bagfilter.
  8. Dilengkapi dengan kemudahan silo, tempat penyimpanan produk hot premix.
KEKURANGAN
  1. Penyenggaraan berkala pada loji ini amat tinggi dan perlu dilakukan terutamanya menukar filter di bahagian bagfilter. Bagfilter ini mengandungi 300 nos penapis yang perlu ditukar secara berkala dan selalunya sebanyak 100 nos akan ditukar (bergantung kepada kerosakan). Jumlah kos penyenggaraan bagfilter adalah dianggarkan (RM200 x 100 nos) + upah kerja = RM30K ~ RM40K. Memang tinggi.
  2. Keadaan cuaca tropikal Malaysia yang hujan menyebabkan perlunya melakukan sedikit perubahan pada loji ini iaitu keperluan memasang bumbung pada unit loji premix dan loji silo untuk elakkan air hujan daripada memasuki bahagian bagfilter dan simpanan premix di silo.
  3. Loji ini dipenuhi pelbagai sensor bagi mengawal kualiti produk yang terhasil. Perlunya kepakaran dalam operasi dan mengambil masa yang lama untuk membolehkan selok-belok operasi loji ini berjalan dengan lancar. Kerosakan yang berlaku hanyalah disebabkan masalah sesnor-sensor ini.
  4. Bahagian permukaan blower suction di bahagian bagfilter mudah rosak dan terhakis.
  5. Burner perlu disenggarakan dengan kerap untuk elakkan daripada burner tersumbat dengan debu aggregate.
  6. Silo tidak dilengkapi dengan heater yang mana tahap maksimum penyimpanan hot premix hanyalah satu (1) hari sahaja.
  7. Controller cabin terlalu kecil dan susah untuk operator daripada melakukan kerja seharian.
  8. Compressor unit tidak dilindungi daripada cuaca ekstrem Malaysia dan debu-debu kuari boleh menyebabkan compressor mudah rosak dan tersumbat.

Rujukan : 
Berdasarkan kepada nota daripada pembekal dan juga pengalaman kerja dalam bidang pengkuarian.

No comments:

Post a Comment