Saturday 8 October 2016

La Tahzan Innallah Ha Ma'ana

Jangan berasa sulit atau bersedih sekiranya ditimpa bencana atau kesulitan. Tiada daya dan kuasa bagi diri ini untuk menentukan baik atau buruk ke atas sifat bernama Adam ini. Manusia sering memikirkan kenapalah aku diberi ujian seberat ini. Jangan sama sekali mengeluh. 

Renungkan dalam diri dan serahkan sepenuhnya kepada Yang Maha Esa akan segala kesudahan. Tetapi bagaimana ? Terdapat pelbagai cara yang boleh diguna untuk mendekati diri kepada Yang Maha Esa.  Namun, apa yang penting adalah redha dan meredhai segala ketentuan yang telah ditetapkan kerana Yang Maha Esa sentiasa bersama kamu.
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
surah Al-Baqarah ayat 286 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
surah Al-Imran ayat 139
Rasa sedih atau suka bukanlah sesuatu perasaan yang dilakukan oleh manusia. Manusia hanyalah tempat berlakunya penzahiran cerita dan skrip yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Sekiranya penyaksian bahawasanya Yang Maha Esa adalah berkuasa sepenuhnya terhadap diri ini, nescaya kamu akan berjumpa dan menemui jawapan yang sebenar.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi.”
Maka ucapkanlah dengan  ungkapan ini disusuli penuh ikhlas semasa berada  kesusahan dan kesulitan serta penuh kenyakinan :
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana 
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
Amalkan dan selami ungkapan ini  kerana pintu hati akan terbuka luas menerima cahaya pencerahan daripada yang sejati diri. Ungkapan ini adalah kata-kata Nabi SAW semasa bersembunyi dengan Syaidina Abu Bakar di Gua Tsur daripada kaum Quraisy yang mengejar mereka. Dimanakah penyerahan mereka berdua? Sepenuhnya kepada Yang Maha Esa.


No comments:

Post a Comment