Tuesday 25 October 2016

Whey protein selamat diguna sekiranya mencapai tarikh luput ?

# Whey protein tamat tempoh, selamat?
Whey Protein
Whey protein (serbuk protein) daripada sumber haiwan atau tenusu tidak akan rosak sekiranya telah mencapai tarikh luput (dalam tempoh masa pendek) jika disimpan di persekitaran kering. Ini adalah kerana, di dalam whey protein amat mustahil bagi mikroorganisma untuk berkembang biak, melainkan anda menyimpannya di tempat yang panas lembab seperti di dalam bilik mandi, locker gym dan di bawah sinki kabinet dapur.

Keberkesanan whey protein bagi tujuan membina otot akan berkurangan selepas tarikh luput kerana berlakunya tindakbalas Maillard Browning, sebuah tindak balas kimia pada rantaian protein antara asid amino dan memberikan rasa yang pelik seakan-akan makanan basi. Kerosakan rantaian asid amino akan menyebabkan fungsi protein sebagai sumber membina otot akan berkurangan.

Sekiranya whey protein anda telah mencapai tarikh luput, cuba rasa di hujung lidah samada menpunyai rasa yang pelik atau tidak. Sekiranya ada, buangkan sahaja whey protein tersebut kerana proses Maillard Browning sedang berlaku.

# Info Kepentingan Whey Protein
  • Mengurangkan lemak
  • Mengekalkan dan memelihara jisim otot
  • Membesarkan saiz dan kekuatan otot
  • Mengurangkan rasa lapar
  • Mencegah risiko kanser seperti prostate dan kolon.
  • Mengurangkan rasa tekanan
  • Meningkatkan tahap keimunan badan

Walaupun mengamalkan mengambil whey protein dalam pemakanan seharian, tanpa disusuli dengan senaman (cardio / weight), matlamat nak kurus atau bina otot akan sia-sia juga. Amalkan bersenam dan jaga diet pemakanan akan membolehkan anda mencapai target tersebut. Pengambilan whey protein hanyalah sebagai makanan tambahan bagi menpercepatkan proses tersebut.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini :




1 comment:

  1. Thanks Erry for Sharing this great article with on "Whey protein selamat diguna sekiranya mencapai tarikh luput". Please keep posting more articles like this with detail.

    ReplyDelete