Saturday 8 October 2016

Dunia Mengejar Diri

Pangkat dan nama dijulang tinggi merupakan satu impian yang diburu oleh semua manusia. Harta dan kekayaan sering menjadi keutamaan dalam kehidupan, jangan tipu diri sendiri yang manusia tidak perlukan semua itu. Adakah itu semua menjadi kesalahan apabila dunia dikejar sebegitu rupa? Tetapi .......

 
Gambar Hiasan Semata-mata

Tauhid penyaksian yang manakah perlu kamu perhatikan? Bagaimana tauhid penyaksian itu? Ianya apabila kamu menyaksikan kesemua itu adalah satu pemberian dan anugerah yang dilimpahkan ke atas diri kamu oleh Yang Maha Kuasa. Jangan menyombong dan angkuh dengan nikmat yang diberikan kerana kamu tidak punyai hak mutlak ke atas kesemua kesenangan itu. Limpahan rezeki hanyalah salah satu ujian yang mana boleh menyesatkan perjalanan batin mencari diri sejati.

Rasaan kenikmatan yang diberikan hanya dapat dikecapi jika dikehendaki dan dikeluarkan daripada Yang Maha Kuasa.  Ingatlah, diri kamu hanyalah seorang musafir yang papa. 

Daripada awal kamu datang dengan kekosongan dan akan berakhir dengan kekosongan. Pertengahan perjalanan hanyalah satu perbuatan atau afaal Yang Maha Kuasa bagi menperlihatkan kebesaran akan keinginan dan kehendak diri-Nya. Manusia hanyalah tunggangan diri-Nya dan alam ini adalah tunggangan manusia.

Sekiranya kamu meninggalkan dunia, nescaya dunia akan mengejar diri kamu !!!!

“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki di dunia kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di dunia.” (QS. Asy-Syura: 20)



No comments:

Post a Comment